Saturday 18 January 2014

KENALI PUNCA DAN CARA MENGATASI KEPUTIHAN








APA ITU KEPUTIHAN??
Keputihan atau Leukorrhea adalah gabungan bakteria flora yang normal dari faraj dan sel-sel sedia yang luruh dari dinding vagina, dan rembesan dari faraj dan serviks.
 
Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj wanita ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain.

KEPUTIHANKeputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Lazimnya, jika keputihan tiada berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan.

Sama juga jika keputihan bersifat berlendir dan tidak berbeku seperti susu basi atau berubah berbau hanyir, atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj menandakan jangkitan.
Keputihan yang disebabkan oleh keluaran lendir dari faraj seringkali menimbulkan kerunsingan dan ketakutan di kalangan wanita-wanita. 
Namun begitu, pengeluaran lendir keputihan dari kemaluan tidak semestinya menandakan penyakit. Disebaliknya ia mungkin tanda seperkara yang biasa sahaja. Lendir dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim untuk tujuan tertentu. Ia dikeluarkan oleh sel-sel dan kilang-kilang khas pengeluar lendir. 
Sifat lendir yang normal

Pada kebiasaannya sifat dan rupa lendir atau keputihan itu adalah jernih , cair tanpa berbau dan tidak diiringi rasa gatal.



Keputihan sebagai tanda penyakit


Pengeluaran lendir atau keputihan boleh menandakan sejenis penyakit pada faraj dan sistem peranakan. Di dalam keadaan sedemikian, pada kebiasaannya lendirnya bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, seringkali berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj. Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. Ini adalah tanda yang perlu diawasi kerana ada kemungkinan besar ada sejenis jangkitan kuman berlaku.


Begitu juga jika keputihan bersifat berlendir dan berbeku seperti susu basi atau berubah berbau hanyir, atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj, ianya menandakan jangkitan.

 APAKAH PUNCA KEPUTIHAN?
1) Sering menggunakan tisu sebagai sebahagian daripada mencuci feminin, selepas membuang air kecil atau air besar
2) Memakai seluar ketat yang diperbuat daripada bahan sintetik
3) Sering menggunakan Tandas awam yang tidak bersih
4) Membilas vagina dari arah yang salah. Iaitu dari hadapan dubur ke faraj
5) Kurang menjaga kebersihan faraj
6) keletihan yang melampau
7) tekanan
8) TIDAK segera menukar tuala wanita semasa haid
9) gaya hidup tidak sihat ( gangguan makan , tidak bersenam, tidur kurang)
10) Selalunya mandi dalam tab mandi dengan air panas, Kulat yang menyebabkan leukorrhea lebih cenderung untuk membesar dalam keadaan panas.
11) Tahap gula darah tinggi
12) Hormon tidak seimbang - terutama sebelum dan selepas datang bulan atau ketika mengandung



PENYAKIT BERKAITAN KEPUTIHAN 
Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual seperti Bacterial vaginosis, Candida vaginitis, Trichomonas vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes.

Setiap satu jangkitan mempunyai sifat lendiran dan bauan tertentu. Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan bahawa keputihan itu adalah cuma lendiran faraj biasa dan bukannya disebabkan oleh jangkitan.

Jika anda aktif dalam melakukan hubungan kelamin, maka anda perlu menjalankan ujian pap smear dan pemeriksaan pelvis.

Gunakan alas seluar dalam (panty liner) untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan.

Ubat-ubatan untuk jangkitan adalah khusus dan ada kalanya perlu diulangi rawatannya. Suami atau pasangan seksual juga dinasihatkan untuk menjalani rawatan.
Sumber (Penyakit Berkaitan Keputihan) :
Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, Selangor, Dr. Fairuz A’shikin Abd. Kadir.

 PETUA TRADISIONAL UNTUK RAWATAN KEPUTIHAN:

Cara Pertama


1. Ambil secekak pucuk pegaga dengan akarnya sekali dan bersihkan.

2. Kemudian anda rebuslah pucuk pegaga tadi bersama 2 gelas air bersih.

3. Masukkan sedikit garam kedalam air rebusan itu.

4. Setelah mendidih ,biarkan ia sehingga sejuk.

5. Apabila air rebusan telahpun sejuk,anda tapislah air rebusan itu.

6. Minum air tersebut 2 kali sehari.

7. Amalkan sehingga masalah keputihan dan rasa gatal itu sembuh.

Cara Kedua


1. Ambil 12 helai daun sireh dan bersihkanya.

2. Kemudian anda sediakan 1 liter air suam.

3. Ramas kesemua daun sireh tadi bersama-sama air suam tadi.

4. Tapislah air tersebut.

5. Gunakan air tapisan untuk mencuci bahagian alat sulit anda.

6. Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, petua ini juga dapat merapatkan kembali bahagian alat sulit wanita.

7. Lakukan sehingga anda dapat mengatasi masalah keputihan yang dialami.

Perhatian: Petua tradisional ini hanyalah alternatif untuk rawatan yang didapati dari orang-orang tua terdahulu. Bagaimanapun anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor supaya tidak ada kesan sampingan dikemudian hari.

ANDA RASA SUKAR UNTUK MENGIKUTI PETUA DI ATAS??  
NAK TAHU CARA ATASI KEPUTIHAN DENGAN LEBIH MUDAH DAN SENANG DIAMALKAN ?
Atasinya dengan Alfalfa Shaklee





PERBEZAAN ALFALFA SHAKLEE:


Alfalfa Complex merupakan suatu Formula Shaklee

Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee 

dalam 1950-an. Kami hanya menggunakan alfalfa terbaik 

yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis 

zat, termasuk kalsium, fosforous, zat besi, dan magnesium 

serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral surih dan 

vitamin.



Jadi, tunggu apa lagi?

Jika masalah keputihan sudah lama merungsingkan 

anda, cubalah Alfalfa Shaklee dan rasai perbezaannya!

Amalkan Alfalfa!!


Ya, alfalfa mampu mengatasi masalah keputihan. Saya sendiri antara ramai yang telah alaminya! Masalah keputihan yang membelenggu kini tiada.

BayuVita kongsikan antara testimoni pengguna Alfalfa yang mampu keluar dari masalah 'keputihan'.



Testimoni Alfalfa Vs. Keputihan : 1


Testimoni Alfalfa Vs. Keputihan :2




Hubungi BayuVita untuk mendapatkan supplement Alfalfa anda sekarang.
Dijamin harga rendah berbanding harga pasaran.


Klik link dibawah
Pm fanpage kami    : BayuVita
Pm facebook saya   : Norliza Azizan

Atau
Call/sms/whatsApp  : 012 - 4342495




Thursday 16 January 2014

Cara Menyimpan Stok Susu (EBM)

Assalamualaikum Semua...

Hari ni saya nak kongsi tips tentang penyimpanan susu badan yang kita pam di pejabat dengan cara yang betul.

1) Menyimpan Susu Ibu:
  • Botol susu kecil amat sesuai digunakan.
  • Bekas kedap udara daripada gelas atau plastik yang keras dan tahan dalam peti sejukbeku termasuklah bekas dadih.
  • Bag sejuk beku khas untuk susu ibu juga boleh digunakan, terdapat jenama Medela, Avent, Gerber, Playtex.
  • Jangan menggunakan plastik aiskrim kerana ia tidak bersih dan boleh merosakkan susu
  • Anda boleh menggunakan ice pack dan cooler bag seperti di bawah untuk membawa stok pulang dari pejabat ke rumah.
 





  2) Membersihkan Bekas Penyimpanan:

  • Basuh bekas menyimpan susu dalam air panas bersabun dan bilas dengan air panas.
  • Biarkan bekas kering di tempat yang bersih.
  • Anda juga boleh mensteril bekas dengan menggunakan tablet sterile yang dijual di kedai bayi atau farmasi.


 3) Panduan Menyimpan Susu Ibu:

  • Sejukkan susu dalam masa 1 jam selepas diperah.
  • Labelkan bekas dengan tarikh dan masa perahan.
  • Simpan susu dalam kuantiti kecil (2-4 oz) dalam setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.
  • Sejukkan susu yang baru diperah dahulu sebelum mencampurkannya dengan susu yang sudah sedia sejuk.
  • Jangan isi susu terlalu penuh di dalam bekasnya, tinggalkan 1 inci untuk susu mengembang semasa proses sejukbeku.


*Jika bayi anda tidak cukup bulan atau ditahan di wad, minta nasihat jururawat tentang cara yang sepatutnya anda gunakan untuk menyimpan susu dan membersihkan bekas menyimpan susu.

4) Ketahanan susu ibu bergantung kepada cara bagaimana ia disimpan:
  • Suhu bilik, atas 25°C: 4-6 jam
  • Bekas penyejuk (Cooler, icepack): 12-24 jam
  • Peti sejuk 1 pintu:
           -bahagian fridge 4°C: 7 hari
           -bahagian freezer -15°C: 2 minggu
  • Peti sejuk 2 pintu
           -bahagian fridge, 4°C: 5 hari
           -bahagian freezer, -18°C hingga -20°C: 3-6 bulan
  • Deep freezer -20°C: 6 bulan
Penting!
  • Susu ibu hendaklah disejukkan jika ia tidak digunakan dalam masa 4-6 jam selepas diperah.
  • Tempatkan bekas susu di bahagian paling sejuk peti ais (jauh daripada pintu).
  • Jika telah melampaui masa simpanan, jangan sayang untuk membuangnya
5) Menyahbeku Susu Ibu:
 Susu ibu yang asalnya beku dan telah dicairkan, boleh digunakan dalam masa 24 jam jika disimpan di dalam peti ais.
  • Susu ini tidak boleh dibekukan semula selepas dicairkan.
  • Semak tarikh pada bekas penyimpanan. Gunakan susu yang lama dahulu.
  • Nyahbekukan susu beku dengan meletakkannya di bahagian fridge selama 4 jam atau
  • Lalukan bekas susu yang beku tadi di bawah air paip yang sejuk. Setelah ia mula cair, lalukan atau rendam dalam air suam pula untuk terus mencairkannya.
  • Jangan cairkan pada suhu bilik. Suamkan susu tadi dengan merendamkannya di dalam mangkuk yang berisi air panas.
  • Jangan mencairkan atau memanaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro, oven atau di atas api.
 
6) Panduan Memberi Susu Ibu:
  • Goncang perlahan susu yang telah suam dan rasa kepanasannya dengan tangan anda sebelum menggunakannya.
  • Pegang bayi semasa memberinya susu perahan.
  • Jadikan penyusuan menyeronokkan; bercakap dan senyum dengan bayi.
  • Sendawakan bayi selepas memberi susu perahan.
  • Gunakan susu ini dalam masa 1 jam. Buang selebihnya.



Sumber : Carian Google

Anda boleh amalkan doa di bawah yer semasa sesi mengepam... Sambil berusaha membuat stok susu sambil berdoa untuk yang terbaik bagi anak kita. Sebagai umat islam doa adalah senjata untuk memberi kita lebih kekuatan & semangat terus berjuang. InsyaAllah...

PEMAKANAN KETIKA BERPANTANG





 PEMAKANAN YG DISYORKAN SEMASA BERPANTANG:-


Buah-Buahan
Ibu-ibu dalam pantang bersalin boleh memakan buah-buahan saperti Epal merah (bukan yang masam,) Oren Manis,( Limau manis),Kurma , Buah Zaitun, Buah Tin (Fig), Delima , Pir, Lai, Pic, Aprikot, Strawberi, Anggur (jangan berlebihan boleh menyebabkan batuk),

Minuman
Jus Epal, Blackcurrant ( Ribena ) buah Peach & sirap. Minuman berkhasiat iaitu Susu, Susu Kacang Soya, Horlicks, Milo & Air Akar Herbanika

Pemanis 
Gunakan Gula Merah , Gula Perang , Raw Sugar dan Madu Lebah.


Sayur-Sayuran
Sayur-sayuran yang disyorkan boleh dimakan ulam -ulam Pengaga, Lemuni , Daun dan Bunga kunyit , Brokoli, Daun pudina , Daun kari, Lobak Merah, Tomato biji, Brokoli, Asparagus , Salad, Capsicum, Cili Merah, Bebawang (merah , putih ,besar) dan Ubi Kentang

Karbohidrat
Nasi Panas sederhana lembut , Bubur Nasi , Spagetti, Pasta & Makaroni, Roti Putih, Roti Wholemeal/ whole Grains, Roti Canai, Tosei, Roti Puri dan Kari

Protein
Ikan yang segar iaitu Ikan Merah, Tenggiri, Haruan, Jenahak, Selar Kuning , Kerisi, Kurau, Kerapu, Siakap, Kod , Bawal Putih & Senangin.

Bijirin/Kekacang
Makanan Bijirin iaitu Gandum , Oats, Empingan jagung (Corn flakes ) Bran , Muesli, Beras Merah Perang , Kismis Kuning dan hitam, Kekacang Soya (Tahu,Tempe &Tofu ) Kekacang Badam , Walnut, Gajus & Bijan,

 MAKANAN YANG PERLU DIHINDARI SEMASA BERPANTANG

Hindari ikan -ikan yang berbisa saperti ikan bawal hitam , ikan terubuk, ikan pari, ikan kembung , sembilang , tongkol, parang dan juga makanan laut yang lain dimana ia boleh menyebabkan luka-luka dan bengkak dalam rahim sukar sembuh dengan cepat .

Ia juga akan mendatangkan rasa kesakitan yang berbisa serta keluaran cecair yang berbau busuk . Ini boleh menyebabkan infeksi kuman yang membawa kegatalaan dan masaalah kulit,dibahagian sulit.
Ibu -ibu bersalin adalah dilarang memakan ikan masin ketika didalam pantang kerana ia boleh mengakibatkan darah nifas berbau busuk dan cepat kering serta melemahkan daya tekanan fizikal dan mentalnya.

Ibu bersalin dinasihati jangan makan sayur-sayuran yang menjalar dan sejuk, minuman sejuk bergas dan tajam saperti air tebu , air cincau , nanas, air kelapa muda , jambu, belimbing , durian belanda , mangga dan betik. 

Segala ini boleh menyebabkan masaalah penyakit tulang , sejuk otot dan sendi, dimana penyakit-penyakit ini semakin menjadi-jadi di negara barat saperti arthritis, rheumatism , rheumatoid arthritis serta penyakit untut dan lemah sendi.

Sumber : carian google.
---------------------------
Selamat berpantang & happy breasfeeding!!

Salam sayang
Norliza Azizan @ BayuVita
012-4342495
Pengedar Sah Shaklee

Wednesday 15 January 2014

KETAHUI PUNCA RAMBUT GUGUR DAN BERKELEMUMUR

KELEMUMUR

Kelemumur adalah fenomena normal buat kebanyakan orang yang kuat berpeluh. Kelemumur bukanlah masalah besar tetapi jika dipandang ringan ianya mampu mengundang beberapa masalah rambut yang lain.

Antara faktor berlakunya Kelemumur adalah :

 Peluh
  • Seseorang yang kerap berpeluh mudah mendapat kelemumur kerana kulit kepala tidak bersih. Peluh yang berkumpul pada kulit kepala akan menyebabkan pertumbuhan sejenis kulat iaitu Pitirosporum Ovale. Penghasilan sebum (minyak semulajadi) akan mengaktifkan kulat tersebut.
Pertukaran Pantas Kulit kepala
  • Jangkamasa normal untuk kulit kepala bertukar kepada yang baru adalah 28 hari. Sesetengah orang boleh mengalami pertukaran kulit kepala hanya dalam masa 11 hari. Ini juga punca berlakunya kelemumur.
Jarang Bersyampu
  • Kulit kepala yang kotor juga menyebabkan masalah kelemumur. Tidak semestinya anda bersyampu setiap hari. Pastikan anda mencuci rambut sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
Perubahan Hormon
  • Setiap perubahan hormon yang berlaku kepada wanita semasa mereka datang haid, sedang hamil atau selepas melahirkan boleh menjadi penyebab mengapa kulit kepala mereka berkelemumur. Lebihkan perhatian ke atas kesihatan kulit kepala untuk mengelakkan masalah kelemumur menjadi lebih serius.

RAMBUT GUGUR

Jika rambut anda gugur sebanyak 100 helai setiap hari, ia masih danggap normal. Namun sekiranya jumlah rambut yang gugur adalah berganda, ianya mula menjadi serius.

Antara faktor berlakunya keguguran rambut adalah menyisir rambut terlalu kuat. Keadaan bleh menjadi lebih serius sekiranya anda menggunakan sikat yang salah. Gunakan sikat yang bergigi jarang sekiranya anda mempunyai rambut yang tebal kerana ianya tidak menarik rambut anda.

Rambut gugur juga berlaku kerana faktor perubahan hormon. Wanita yang sedang hamil atau menyusukan anak seringkali berdepan dengan masalah ranbut gugur.

Rambut juga boleh gugur sekiranya anda mengambil terlalu banyak jenis ubat. Apabila rambut gugur, sukar untuk yang baru tumbuh kerana kesan ubat yang menganggu pertumbuhan rambut.

Peliharalah rambut anda dan usah pandang ringan soal kesihatannya.

Sumber : Rapi (April 2013)

 CADANGAN UNTUK MENGATASI MASALAH KELEMUMUR DAN RAMBUT GUGUR


Kebanyakan syampu di pasaran terhasil dari bahan kimia merbahaya yang merosakkan rambut. Macam-macam iklan yang kononnya nak luruskan lambut, lebatkan rambut, atasi rambut gugur dan produk ini dijual dengan harga yang murah. Hakikatnya, produk-produk ini mengandungi bahan kimia yang akan membuatkan rambut kita semakin rosak.

Untuk memastikan rambut yang sihat, pemakanan yang seimbang adalah perlu. Makanan untuk rambut yang sihat adalah makanan yang kaya dengan protein, Vitamin B Complex, Zink dan Vitamin C. Dan jika mengamalkan supplemen, pengambilan vitamin-vitamin di atas dan multivitamin akan membantu menghasilkan rambut yang sihat. Namun, pengambilan vitamin haruslah konsisten selama sekurang kurangnya 90 hari kerana sel dalam tubuh hidup antara 90 hingga 120 hari. Maka perlu masa untuk sel menerima dan menyerap dengan baik semua vitamin yang kita ambil.

20130218-135108.jpg
Set penjagaan rambut Shaklee dikenali sebagai ProSante, adalah bebas kimia dan selamat untuk digunakan.

(1) Long Lasting Finishing Spray
  1. “Medium hold” memastikan gaya rambut tidak berubah
  2. Memberikan perlindungan UV
  3. Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut
(2) Revitalizing Shampoo
  1. Melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  2. Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
  3. Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya
(3) Purifying Shampoo
  1. Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
  2. Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
  3. Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur
(4) Replenishing Conditioner
  1. Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
  2. Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
  3. Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi
(5) Lightweight Conditioner
  1. Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
  2. Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat
  3. Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus
(6) Nourishing Scalp Treatment
  1. Menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
  2. Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
  3. Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
  4. Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya.
  5. Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak.
Perbezaan Shaklee
ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.

20130218-134103.jpg

Yang mana satu anda perlukan?
Keperluan adalah mengikut jenis dan masalah rambut anda seperti berikut:
Bagi mereka yang mengalami masalah keguguran rambut anda boleh gunakan set berikut:
  1. Revitalizing Shampoo
  2. Lightweight Conditioner
  3. Nourishing Scalp Treatment
Set ini boleh digunakan secara harian.
Bagi mereka yang mengalami masalah rambut berkelemumur, rambut bercabang, rambut rosak dan berminyak, anda boleh gunakan set berikut:
  1. Purifying Shampoo
  2. Replenishing Conditioner
  3. Nourishing Scalp Treatment
Set ini untuk kegunaan 1-2 kali seminggu, bukan harian.
Jom Suburkan Rambut Anda!
Kulit kepala yang sihat adalah asas kepada rambut yang sihat. Itulah sebabnya kenapa setiap produk ProSanté mengandungi Scalp Health Complex, iaitu gabungan 10 vitamin, mineral dan herba bagi menyediakan persekitaran optimum untuk rambut yang sihat, lebat dan menawan.

Shaklee memilih bahan-bahan seperti:
Ekstrak swertia dan halia untuk merangsang peredaran darah dan membekalkan tenaga untuk folikel rambut; Mineral kulit yang penting seperti kuprum, zink, mangan serta vitamin A dan E untuk membantu metabolisme kulit kepala yang sihat; dan Minyak daun pokok teh serta esktrak teh hijau untuk menentang kerosakan akibat radikal bebas dan faktor-faktor persekitaran lain.
Dan anda juga tidak akan menemui sebarang bahan kimia kuat yang boleh merosakkan rambut dan juga kulit kepala anda dalam rangkaian penjagaan produk ProSanté.
Jom baca testimoni consumer lain yang telah menggunakan set ini.

20130218-214237.jpg

20130218-214255.jpg
20130218-214306.jpg
20130218-214317.jpg

 Credit to ibumadeeha

Tuesday 14 January 2014

Si Manja 'Picky Eaters'



10 TIPS untuk Anak yang Memilih Makan @ Picky Eaters

Ibu mana yang tak susah hati jika anak tak mahu makan?
Saya juga salah seorang yang ‘susah hati’ tu. Mungkin anak anda adalah tergolong dalam kategori ‘picky eaters’ iaitu anak yang sangat cerewet dan memilih makan makanan tertentu. Anda tidak perlu risau lagi. Saya ingin berkongsi tips dengan anda bagaimana saya mengatasi masalah ini dengan mengamalkan “10 TIPS untuk Anak yang Memilih Makan atau Picky Eaters”.

Jom baca tips-tips di bawah.

picky eater1 1 300x300 10 TIPS untuk Anak yang Memilih Makan atau Picky Eaters. MealShake Shaklee sebagai Alternatif.

No. 1: Respect your child’s appetite 
Jika anak anda tidak lapar, jangan memaksa mereka untuk makan. Jangan merasuah (dengan berjanji untuk beri jajan dan sebagainya) atau memaksa anak anda untuk makan makanan yang tertentu. Ini mungkin hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Di samping itu, anak anda mungkin merasakan waktu makan adalah sesuatu yang ‘menakutkan’. Hidangkan ‘small portions’ sahaja untuk anak anda untuk mengelakkan mereka merasa ‘terpaksa’ makan.


No. 2: Stick to the routine
Sediakan makanan pada  masa yang sama setiap hari. Sediakan jus atau susu dengan makanan,  dan tawarkan air di antara ‘meal’ dan ‘snack’.Terlalu memberikan jus atau susu sepanjang hari juga salah satu sebab kenapa anak anda kurang selera makan.

No. 3: Be patient with new foods
Kanak-kanak kecil seringkali menyentuh atau merasa makanan baru, dan mungkin meluahkan semula. Anak anda mungkin perlu menyentuh atau merasa makanan tersebut berulang-ulang kali sebelum dia mengambil gigitan pertama. Galakkan anak anda dengan bercakap tentang warna makanan, bentuk, aroma, dan tekstur – bukan sama ada ia sedap atau tidak. Hidangkan makanan yang baru bersama-sama dengan makanan kegemaran anak anda.

No. 4: Make it fun

 10 TIPS untuk Anak yang Memilih Makan atau Picky Eaters. MealShake Shaklee sebagai Alternatif. 

Hidangkan brokoli dan sayuran lain dengan sos kegemaran mereka. Potong  atau bentuk makanan ke pelbagai bentuk yang menarik .Tak salah jika anda sediakan makanan sarapan pagi sebagai makan malam. Itu lebih baik dari tak makan langsung kan? Hidangkan pelbagai jenis makanan yang berwarna terang untuk menarik perhatian mereka.

No. 5: Recruit your child’s help

bigstock woman and child pushing trolle 3915505 10 TIPS untuk Anak yang Memilih Makan atau Picky Eaters. MealShake Shaklee sebagai Alternatif. 

Minta anak anda untuk membantu anda memilih buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain makanan yang sihat bila anda membeli barang- barang rumah. Jangan beli apa-apa yang anda tidak mahu anak anda makan. Di rumah, galakkan anak anda untuk membantu anda membilasnya sayur-sayuran, mengacau adunan atau menyediakan meja makan.

No. 6: Set a good example
Anak umpama kain putih. Kita sebagai ibu bapalah yang mencoraknya. Jika kita tunjukkan contoh makan makanan yang sihat dah tentu anak-anak pun akan ikut sama.

No. 7: Be creative
Hidangkan makanan dalam tujuh warna pelangi dan dihias seperti dimasak chef terkemuka. Setiap ibu adalah chef istimewa untuk keluarga tersayang..
kids healthy 300x291 10 TIPS untuk Anak yang Memilih Makan atau Picky Eaters. MealShake Shaklee sebagai Alternatif.

No. 8: Minimize distractions
Tutup TV atau apa-apa sahaja yang boleh mengganggu tumpuan anak anda untuk makan. Ini akan membantu anak-anak anda focus terhadap ‘makan’. Selain daripada itu, iklan-iklan di TV juga boleh mempengaruhi anak-anak untuk makan ‘makanan tinggi kandungan gula’ berbanding makan makanan yang ‘sihat’.

No TV  10 TIPS untuk Anak yang Memilih Makan atau Picky Eaters. MealShake Shaklee sebagai Alternatif.

No. 9: Don’t offer dessert as a reward
Jangan janjikan pencuci mulut seperti aiskrim sebagai ‘hadiah’. Ini mungkin hanya meningkatkan keinginan  anak anda untu makan makanan yang manis-manis. Anda boleh menyediakan pencuci mulut 1-2 kali seminggu atau anda boleh gantikan pencuci mulut dengan makanan yang lebih berkhasiat seperti buah-buahan, yogurt dan sebagainya.
no dessert 10 TIPS untuk Anak yang Memilih Makan atau Picky Eaters. MealShake Shaklee sebagai Alternatif.

No. 10: Don’t be a short-order cook
Menyediakan hidangan yang berasingan untuk anak anda selepas dia menolak makanan asal mungkin menggalakkan lagi anak anda menjadi ‘picky eater’.Galakkan anak anda untuk berada di meja untuk waktu makan yang ditetapkan walaupun  dia tidak makan. Teruskan untuk menyediakan pilihan makanan yang sihat sehingga menjadi kebiasaan kepada anak-anak.

Saya adalah salah seorang dari ribuan ibu-ibu yang susah hati kerana si manja tidak mahu makan. Jika anak enggan makan bermakna kurangnya nutrisi yang dihadam oleh si manja. Sedangkan diperingkat umur kanak-kanak memerlukan pelbagai nutrisi dan pemakanan yang seimbang untuk membantu tumbesaran.

Tidak salah untuk anda mencuba Mealshake Shaklee ini demi anak yang anda sayangi. Tiada apa yang anda perlu risaukan kerana mealshakes Shaklee ini adalah produk semulajadi dan mempunyai kajian farmaseutikal yang terbukti berkesan.

Testimoni sendiri :

Saya sendiri memang memberikan Mealshake kepada anak saya sebagai ikhtiar untuk mengatasi masalah kurang selera makan dan sembelit.

Setelah hampir 6 bulan memberikan mealshake kepada si manja secara konsisten, anak saya semakin berselera dan sebagai bonusnya..anak saya juga jarang demam sekarang. Masalah sembelit juga telah berkurangan. Makin sihat, aktif dan ceria. Alhamdulillah ;)

Pada yang berminat untuk mencuba MEALSHAKE boleh hubungi BayuVita untuk tawaran harga istimewa.

Call/sms/whatsapp : 012-4342495

Atau

Like Fanpage saya  : BayuVita 
Pm Facebook saya  : Norliza Azizan

Picky Eater Meal Shake 10 TIPS untuk Anak yang Memilih Makan atau Picky Eaters. MealShake Shaklee sebagai Alternatif.


Kenali OSTEOPOROSIS






Osteoporosis sebenarnya bermula ketika usia 25 tahun iaitu ketika tulang mula hilang tisunya. Keseluruhan tubuh disokong oleh tulang rangka yang menjadi pusat pengeluaran sel darah dan menyimpan 99 peratus kalsium badan.

 

Gaya hidup tidak sihat seperti mengambil makanan tidak seimbang dan kurang kalsium, merokok serta tidak bersenam akan meningkatkan risiko osteoporosis pada usia tua kelak.


  

Pengambilan kalsium mencukupi serta bersenam adalah pencegahan paling berkesan mengatasi osteoporosis. Kalsium dengan bantuan vitamin D untuk menyerapnya boleh didapati dengan mengambil makanan yang kaya sumber protein terutamanya susu.


 


Keperluan kalsium  bergantung kepada individu. Susu dan bahan tenusu merupakan sumber kalsium terbaik. Walaubagaimanapun, elakkan mengambil sumber kalsium yang kaya dengan lemak dan kolesterol kerana bimbang akan mengundang penyakit lain seperti darah tinggi, kencing manis dan serangan jantung.

Elakkan terlalu banyak minum kopi, teh dan coklat kerana ia menyumbang kepada kehilangan kalsium yang seterusnya akan meningkatkan risiko osteoporosis.

Seandainya tidak mampu memperoleh kalsium daripada diet harian, pil tambahan kalsium dapat membantu. Antara supplement kalsium yang paling laris di pasaran adalah OSTEMATRIX keluaran SHAKLEE.


Antara faedah-faedah yang boleh didapati daripada pengambilan Pil Kalsium Ostematrix Shaklee adalah :    
1) Membina tulang dan gigi yang kuat. 
2) Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal.  
3) Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf. 
4) Membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut (PMS) seperti perut kembung (Bloating), kekejangan (Cramps), retensi air(water retention), mudah meradang (irritability) dan kemurungan(moodiness).  
5) Membantu proses penyimpanan dan pelepasan  sesetengah hormon. 
6) Membantu perkembangan tubuh badan normal. 
7) Merendahkan kandungan fosfat bagi mereka yang mengidap penyakit buah pinggang kronik
 
Shaklee Ostematrix Membekalkan :  
1) 1000mg (100% Pengambilan Harian) unsur Kalsium  daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi. 
2) 400mg (100% Pengambilan Harian) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.  
3) 400IU (100% Pengambilan Harian ) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.


Hubungi BayuVita untuk mendapatkan supplement OSTEMATRIX and sekarang pada harga istimewa.

PM Fanpage :BayuVita
PM Facebook : Norliza Azizan


Atau ☏/✉/whatsApp : 012-4342495



Monday 13 January 2014

Ada Apa Dengan ESP ???

KELEBIHAN ESP BERBANDING PROTEIN SOYA YANG LAIN




Membantu membina dan membaikpulih tisu-tisu badan.


ESP memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung.

Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones. 

Satu hidangan ESP membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat.

Kandungan fitoestrogen dalam ESP amat penting untuk kesihatan prostat,payudara dan menopaus.

Indeks glisemik yang rendah membantu mengekalkan paras gula dalam darah(Sesuai untuk pesakit DIABETES)

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan adalah yang terbaik dan dipantau dengan ketat serta dikawal sejak mula ditanam, dituai hingga diproses.

Tidak mengandungi kolesterol dan laktosa.

Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.

Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

Jujurnya..
ESP merupakan produk pertama keluaran SHAKLEE yang BV consumed.
Alhamdulillah..sangat berpuas hati dengan perubahan positif yang berlaku..
Masalah haid tidak teratur juga sudah berakhir.