Monday 21 July 2014

SIHAT TETAPI SERING KELETIHAN??


SERING KELETIHAN?



Seharian di pejabat dengan kerja-kerja office menghadap komputer, site visit, meeting. Sampai ja rumah terus BERTUKAR watak sebagai ibu..isteri...dan housekeeper ;)

Yang lelaki pun sama..kerja teruk di siang hari. Balik rumah ja dah malam..terus tidur....

Rasa rugi sebab tak sempat nak spend time dengan anak-anak. 

Jom baca mengapa badan anda sering lemah dan lesu ????


Penyebab badan lemah dan lesu:

  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Tekanan dan stress
  • Kegemukan
  • Pekerjaan yang memenatkan
  • Insomnia
  • Darah rendah/anemia
  • Perokok tegar
  • Mengambil kafein secara berlebihan
  • Pengambilan makanan segera dan makanan rapu yang berlebihan
  • Tidak melakukan senaman
  • Pengambilan ubat-ubatan
  • Kekurangan air
  • Kehamilan
Anemia atau kekurangan sel darah merah dalam darah merupakan satu sebab kenapa kita cepat letih. Anemia berpunca daripada keadaan di mana darah kekurangan  sel darah merah yang sihat yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan.Setiap kelompok usia memiliki nilai normal hemoglobin dalam tubuh. Menurut WHO, anak usia kurang dari enam tahun lelaki 13g/dL.


Punca Anemia
1. Kekurangan Zat Besi
2. Kekurangan Vitamin B12
3. Kekurangan Zat Mineral yang lain seperti asid folik,Vitamin B6 dan lain-lain
4. Ketidakseimbangan Hormon
5  Sakit Kronik
6. Kehilangan darah

No 1 hingga 3 merupakan punca yang paling lazim dan sebab paling UTAMA yang menjadi penyumbang pada keadaan letih lesu ini.



Bagi anda yang masih tercari2 vitamin yang sesuai untuk mengatasi masalah keletihan yang melampau tu bolehlah cuba vitamin Shaklee iaitu B-Complex, Vitamin C, Vitalea dan ESP.



B-Complex


  • Terdiri daripaa 8 jenis vitamin B yang bekerja bersama-sama untuk menghasilkan tenaga dari makanan kita. Ia menjaga semua mekanisme penghailan dan pengedaran tenaga ke seluruh sel.
  • B-Complex juga dikenali dengan vitamin anti-stress. Sesuai untuk pelajar dan bagi anda yang bekerjaya yang sentiasa stress dengan kerja dan assignment.


SR Vita C

  • Bekalan Vitamin C yang berterusan amat penting bagi menyokong segala proses dalam badan.
  • Vitamin C menyokong kesihatan tulang, gigi dan gusi.
  • Sesuai bagi anda yang kekurangan Vitamin C yang menyebabkan badan kelihatan letih dan lesu.
  • Info lanjut mengenai SR Vita C

Vitalea
  • Mengandungi kesemua 28 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kita termasuk iron.
  • Membanti dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
  • Mengandungi beta katotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
  • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.

ESP
  • Protien sihat yang memberikan tenaga berterusan dan sifatnya yang rendah glisemik indeks yang memberikan rasa kenyang yang lebih lama.
  • Info lanjut mengenai ESP


 Jadi apa tunggu lagi? Hubungi BayuVita segera!
Atasi Masalah KELETIHAN Anda dengan SET SHAKLEE


Klik link dibawah
Pm fanpage saya    : BayuVita
Pm facebook saya   : Norliza Azizan

Atau
Call/sms/whatsApp  : 012 - 4342495












Friday 18 July 2014

HADAPI TEKANAN DENGAN BIJAK

KETAHUI PUNCA TEKANAN ANDA!!!!

1. KEWANGAN
 


 Atur kewangan anda dengan caa yang lebih bijak. Adakan satu tabung khas untuk menyimpan wang anda. Pastikan ada sedikit daripada wang gaji disimpan untuk kegunaan masa hadapan.


2. KERJA


Buat jadual tugasan dan rancangkerja anda secara efektif. Elakkan melakukan kerja-kerja anda di saat akhir. JIka dirancang dengan bijak, anda tidak akan tertekan untuk menyelesaikannya. (Unless your boss memang suka bagi keja saat akhir untuk anda - pengalaman sendiri...miaahahaaha!!!)


3. HUBUNGAN


Jangan sesekali membuatkan hubungan menjadi hambar. Sentiasalah perbaiki hubungan anda dengan sesiapa sahaja. 'Ringankan' mulut anda untuk mengungkapkan kata maaf. Sesekali buatlah kejutan buat mereka yang tersayang.


4. KESIHATAN

 


Bagi mengelakkan anda jatuh sakit, amalkan gaya hidup sihat. Lakukan pemeriksaan kesihatan secara kerap. Ambil supplement untuk melengkapkan diet harian anda.


5. BERAT BADAN DAN KECANTIKAN
 


Jangan mudah tertekan. Berdietlah dengan cara sihat dan lakukan secara berdisiplin. Sentiasa memikirkan anda cantik dan ada keistimewaan sendiri. Usah stress dengan perkara remeh sebegini.


6. TEMPOH KEHAMILAN

 

Banykkan bersabar. Tambah pengetahuan dengan bahan bacaaan dan bertanya kepada orang-orang lain yang lebih berpengalaman.

Artikel Berkaitan

Tuesday 15 July 2014

OMEGA GUARD SHAKLEE UNTUK ANAK ASMA

Anak anda asma?


Penyakit asma atau lelah antara penyakit yang agak common dewasa ini di kalangan kanak-kanak. Sekarang, memang kerap dengar anak-anak yang warded sebab bronchitis, atau terpaksa ambil neb sebab masalah radang saluran pernafasan. 

Ini MUNGKIN disebabkan faktor persekitaran yang banyak pencemaran serta gaya hidup dan amalan pemakan yang tidak sihat.

Menurut Wikipedia, penyakit asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.


Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.


Meskipun asma tidak boleh diubati, asma boleh dikawal dengan cara mengurangkan serangan melalui penjagaan rapi.

Malah, pakar-pakar turut menganggarkan 80 peratus daripada kematian di kalangan penghidap asma boleh dicegah jika mereka diberi pendidikan yang sempurna bagi menangani penyakit berkenaan. Walaupun ia tidak berjangkit, asma boleh diwarisi, di mana anak-anak kepada penghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi.
Berdasarkan perangkaan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat lebih daripada 100 juta penghidap asma di seluruh dunia. Daripada jumlah tersebut, kira-kira satu juta adalah penduduk Malaysia dan 340,000 merupakan kanak-kanak di bawah 15 tahun.
Pengambilan inhaler semasa serangan asma berlaku dapat melegakan pesakit.

 


Namun, sampai bila pesakit terpaksa bergantung kepada inhaler semata-mata? Apakah cara terbaik untuk   mengatasi penyakit asma ini?

Terdapat kajian yang mendapati pengambilan asid lemak Omega-3 serba sedikit membantu mengatasi penyakit lelah. Asid lemak Omega-3 bersifat antiradang. Kerana itu ia sangat baik diambil oleh mereka yang mengalami masalah berkaitan keradangan, seperti asma (radang pernafasan), Artritis reumatoid, dan sebagainya.



minyak ikan shaklee mencegah penyakit asma
 
minyak ikan shaklee mencegah penyakit asma



Bagaimanakah suplemen Omega-3 mampu mengatasi penyakit asma?

"Omega-3 fatty acids are known to reduce inflammation. Because asthma is a disease caused by airway inflammation that leads to airway hyper-responsiveness and airway narrowing, and because Eskimos, who eat large amounts of fish have a low rate of asthma, researchers theorized that fish oil might benefit asthma sufferers."

Sumber: LiveStrong


Salah satu kebaikan Omega Guard Shaklee membantu menangani penyakit asma. Menurut satu kajian yang dijalankan di Indiana University, mendapati golongan dewasa yang mempunyai tahap asma 'mild to moderate persistent asthma', yang mengambil suplemen Omega-3 setiap hari dalam masa 3 minggu menunjukkan pengurangan penggunaan 'emergency inhaler' sebanyak 31%Ini menunjukkan mereka tidak lagi terlalu bergantung pada ubat sedutan yang mempunyai steroid itu.
Meskipun kanak-kanak lebih terdedah kepada asma, ia boleh dikurangkan dengan memastikan mereka mendapat pemakanan yang dapat mencegah penyakit tersebut. Satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang berkaitan dengan masalah pernafasan. . Hasil kajian itu mendapati tidak wujud kumpulan makanan atau khasiat lain yang mempunyai kaitan dalam meningkat atau mengurangkan risiko asma kecuali ikan. Ini memberi gambaran bahawa pengambilan minyak ikan dapat mencegah penyakit asma terutama semasa kecil. 

Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya. Ikan atau minyak ikan mengandungi Omega-3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA)Omega-3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak, serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapinya.

Omega Guard Shaklee Minyak Ikan Terbaik di Dunia Terdiri daripada 7 Asid Lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA (Elcosa Pentaenoic Acid),DHA (Docosa Hexaenoic Acid), EDA  menyihatkan jantung & sendi, manakala DHA penting bagi perkembangan & fungsi otak. Omega Guard dihasilkam melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan Asid Lemak Omega 3 yang bermanfaat & semulajadi, disamping menyingkirkan bahan merbahaya seperti plumbum & merkuri yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan. Satu hidangan Omega (3biji) menyediakan 990mg Asid Lemak Omega-3.

Kajian klinikal Universiti of Maryland Medical Center menunjukkan 29 kanak-kanak asthma yang diberi makan minyak ikan yang kaya EPA dan DHA selama 10 bulan didapati mampu mengurangkan simptom asthma berbanding kanak-kanak yang mengambil placebo.

Kajian penyelidik Jepun keatas 32 pesakit COPD (chronic obstructive pulmonary disease) yang diberi supplemen omega-3 mendapati, selepas setiap 3 bulan tahap kesihatan mereka semakin baik berbanding mereka yang tidak diberi omega-3.

Penyelidik mencadangkan sokongan nutrisi yang mengandungi asid lemak omega-3 adalah selamat dan praktikal untuk merawat masalah berkaitan peparu dan pernafasan.



Saya menyarankan kepada ibu bapa di dalam dunia ini untuk memberikan Omega Guard Shaklee kepada anak mereka yang menghidap asma.

Ini adalah langkah pertama untuk mengurangkan penggunaan inhaler sekaligus dapat hidup tanpanya suatu hari nanti. Tiada inhaler tiadalah steroid. Insyallah Omega Guard Shaklee membantu menangani penyakit asma anak anda.

Jom Tengok Testimoni Ibu-Ibu Yang Dah Berikhtiar Dengan Omega Guard Shaklee

Testimoni 1

Testimoni 2

 Testimoni 3


Hubungi BayuVita segera!

Dapatkan OMEGA GUARD anda dan konsultasi percuma melalui BayuVita.


Klik link dibawah

Pm fanpage saya    : BayuVita 

Pm facebook saya   : Norliza Azizan

 
Atau 

Call/sms/whatsApp  : 012 - 4342495 (Liza)

 


Thursday 10 July 2014

TIPS ATASI SEMBELIT ANAK

MASALAH SEMBELIT ANAK
Pernah tak anak-anak anda mengalami masalah sembelit..??? Kadang-kadang sampai 2 ke 3 hari masih tidak membuang...atau mengalami maslah sembelit... Lebih membimbangkan ialah kanak-kanak terutama yang masih bayi atau baru berumur setahun tidak pandai mengadu untuk memberitahu ketidakselesaan yang dihadapi.
Macam orang dewasa juga, jadual buang air bagi setiap kanak-kanak juga berbeza. Malah kekerasan najis yang keluar juga tidak sama dengan kanak-kanak yang tiada masalah sembelit. Bayi yang diberikan susu badan akan  buang air setiap kali selepas disusukan atau sekali dalam masa tujuh hingga 10 hari.
Namun biasanya bayi yang diberi susu badan buang air sekurang-kurangnya sekali dalam masa dua hingga tiga hari. Mengenai kekerasan najis, anda hanya perlu bimbang jika ia menyebabkan anak mengalami masalah untuk buang air.
Sembelit adalah masalah biasa di kalangan kanak-kanak khususnya ketika mereka dilatih untuk ke tandas atau selepas melalui pengalaman  buang air yang menyakitkan. 
 ANTARA TANDA-TANDA ANAK ANDA MENGALAMI MASALAH SEMBELIT
  • Sakit perut (datang dan pergi)
  • Kurang lapar berbanding biasa
  • Berkelakuan resah dan tidak selesa
  • Luka pada dubur – yang menyebabkan rasa sakit dan berdarah apabila buang air. Ini disebabkan anak anda meneran terlalu kuat untuk memaksa najis yang keras dan besar keluar.
  • Berkelakuan menahan (bagi mengelakkan rasa sakit) seperti mencangkung, menyilang kaki atau tidak mahu duduk di atas mangkuk tandas
  • Anda boleh mengesan ketulan keras apabila menekan perutnya.
DALAM MASA JANGKA PANJANG MASALAH SEMBELIT AKAN MENYEBABKAN
  • Buang air dalam seluar. Hujung usus besar (rektum) anak anda dipenuhi najis dan ini menyebabkan ia mengembang. Anak anda mungkin tidak terasa mahu buang air kerana rektum ini sentiasa mengembang.
  • Dalam keadaan ini, najis boleh keluar sendiri tanpa disedari. Dalam istilah perubatan, sembelit disebut enkopresis atau inkontinen feses.
PUNCA-PUNCA YANG MENYEBABKAN MASALAH SEMBELIT
1. Ia disebabkan keadaan semula jadi. Sesetengah kanak-kanak ada pergerakan usus yang perlahan sehingga boleh menyebabkan sembelit. Selain itu tabiat ke tandas seperti mengabaikan isyarat buang air kerana leka bermain.
2 .Perkara ini menyebabkan lama kelamaan najis menjadi keras dan besar menyebabkan ia sukar untuk dikeluarkan.
3.  Jadual ke tandas perlu dipupuk dan dijadikan waktu khusus yang tiada gangguan. Menahan keinginan untunk buang air akan menyebabkan proses buang air besar menjadi lebih sakit dan payah.
 4.Kadangkala pertukaran persekitaran baru seperti sekolah atau diberitahu untuk ‘bertahan’ ketika mahu buang air (terutama di sekolah) juga boleh menyumbang kepada masalah ini.
5. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami sembelit makan seperti biasa. Meningkatkan pengambilan serat dan air biasanya tidak membantu mengatasi masalah ini. Bagaimanapun bagi sesetengah kanak-kanak yang memang ada kecenderungan mengalami sembelit, kekurangan serat boleh memburukkan keadaan.
6. Luka pada dubur menyebabkan kanak-kanak berasa sakit dan tidak mahu ke tandas. Jadi mereka akan cuba bertahan dan keadaan ini boleh menyebabkan masalah bertambah teruk.
7. Penyakit seperti ketiadaan hujung saraf di dalam usus, kecacatan saraf tunjang, kekurangan hormone tiroid dan beberapa gangguan metabolik juga boleh menyebabkan sembelit. Bagaimanapun ia kes terpencil dan hanya sebilangan kecil masalah sembelit kanak-kanak disebabkan penyakit.
ANTARA RAWATAN YANG BOLEH DILAKUKAN
Rawatan perlu diteruskan sehinggalah kanak-kanak boleh buang air besar seperti biasa. Antara rawatannya ialah:
  • Memupuk tabiat ke tandas – Kanak-kanak yang ada masalah sembelit perlu dibiasakan duduk di atas mangkuk tanda secara teratur. Ini termasuklah duduk di tandas selama tiga hingga lima minit selepas sarapan, makan tengah hari dan malam. Mereka perlu duduk di atas mangkuk tandas walaupun tiada rasa mahu buang air atau mereka sudah buang air sebelum makan. Untuk menggalakkan tabiat ini, ibu bapa boleh memberi pelekat atau bintang sebagai penghargaan.
  • Ajar anak untuk ke tandas apabila terasa mahu buang air.
  • Buang pengalaman menyakitkan. Ini boleh dibantu dengan menggunakan ubat pelawas (makan) untuk melembutkan najis selama beberapa minggu. Ia akan memudahkan perjalanan najis dan memberi masa kepada luka untuk sembuh.
  • Ramai kanak-kanak takut terjatuh ke dalam mangkuk tandas. Untuk mengatasinya anda boleh meletakkan bangku kecil dan rendah di atas kakinya.
Selain ini galakkan anak untuk makan lebih sumber serat terutama bagi yang ada kecenderungan mengalami sembelit. Berikan anak sekurang-kurangnya dua hidangan buah-buahan setiap hari seperti plum, prun, kismis, aprikot dan pic (tidak perlu dikupas kulit).
Jika boleh, pujuk anak makan tiga hidangan sayur-sayuran setiap hari. Bagaimanapun ia bukan mudah jadi gantikan dengan bijirin seperti bran, gandum hancur atau oat. Elak bijirin yang diproses seperti emping jagung kerana ia kurang atau tiada serat.
Beli roti mil penuh dan bukan roti putih. Hadkan pengambilan susu lembu kepada 500 milimeter sehari dan elakkan minuman manis sebelum makan untuk merangsang dan memperbaiki selera anak.
Jika anda syak bayi (kurang 12 bulan) mengalami sembelit, bawa berjumpa doktor. Anda mungkin perlu menukar susu formula kerana ada yang tidak seusai untuk anak anda.
Bagi bayi berumur enam bulan ke atas, masukkan lebih buah dan sayur dalam diet mereka. Anda boleh beri prun atau aprikot yang direnih dan ditapis (tiga sudu makan setiap minggu) atau jus prun yang dicairkan.
Kadang-kadang kanak-kanak nie bukan suka  sangat nak makan buah-buahan, tambahan pulak kalu nak suruh makan sayur-sayuran.....memang susah sangat....Nak minum air kosong pun susah...Mungkin dengan pengambilan supplement yang sesuai untuk anak-anak kita, dapat membantu menyelesaikan masalah sembelit ini...
Ibu bapa juga boleh cuba atasi sembelit anak anda secara semulajadi seperti di bawah :
6 Cara Mudah Atasi Sembelit Anak
 
1. Betik
Lenyek buah betik, atau jadikan jus. Beri pada anak lepas anak 2 kali sehari. Insyaallah najisnya akan menjadi lembut dan cair. Jadi hilanglah stress membuang.

2. Tembikai
Ini juga pelincir. Jadikan jus. Beri anak minum. Atau jadikan pembuka selera bagi setiap kali waktu makan. Buah yang berserat tinggi membantu memudahkan proses buangan.

3. Plums
Jadikan 'jajan' kepada anak. Buah yang agak masam ini juga melancarkan proses membuang. 

4. Oat 
Tambahkan oat dalam diet anak-anak. Kandungan serat yang tinggi juga membantu najis menjadi lebih lembut. Oat juga adalah petua yang baik bagi anak sembelit.

5. Air
Anak sukar untuk minum air. Ibu ayah 'set a habit'. Jadikan meminum air perkara yang penting. Makan dengan banyak tanpa air yang cukup. Juga salah satu faktor sembelit

6. Tepung Sagu
Ya, tepung sagu bagus untuk selesaikan masalah sembelit. Tambahkan satu sudu kecil dalam susu anak. Jika teruk boleh berikan 3 kali sehari. Bila dah ok, boleh kurangkan atau hentikan tambah tepung sagu ke dalam susu anak-anak.

Ibu ayah, jalan ambil jalan mudah. Gunakan 'pelincir' khas yang dimasukkan ke dalam lubang dubur anak. Kesan jangka panjang adalah tidak baik. Sebaiknya kita guna yang semulajadi.


Pastikan hanya yang terbaik masuk ke dalam badan anak. Mealshake Shaklee juga adalah petua anak sembelit yang moden. Membantu menyelesaikan masalah sembelit ini. Malah ianya lebih dari sekadar penyelesai sembelit. Dikenali sebagai 'sarapan pantas' dan 'booster tenaga' untuk anak-anak. Fakta menarik Mealshake: (Klik Link Di Bawah)
 
 

Wednesday 9 July 2014

20 Tips Penyusuan Susu Ibu





Manfaat penyusuan susu ibu memang tidak dapat dinafikan lagi. Pertama,
ia mengandungi lemak asid dan protein yang amat penting untuk pertumbuhan sel dan tisu bayi anda. Keduanya, ianya mudah decerna oleh bayi.

Susu badan melindungi daripada alahan Memberi susu badan dapat mengekalkan kesihatan bayi dalam pelbagai cara. Susu badan membekalkan bayi anda dengan antibodi penting yang melindungi daripada jangkitan. Ia juga dapat mencegah atau melambatkan alahan.Kajian menunjukkan bahawa susu ibu dapat menyediakan perlindungan jangka masa panjang terhadap penyakit-penyakit kronik. 

Selain daripada manfaatnya dari segi kesihatan, menyusu badan juga amat praktikal. Anda dapat membawa susu anda ke mana sahaja anda pergi, ianya sentiasa berada pada suhu yang optimum, dan ianya percuma.

Menyusu badan sebenarnya dapat memberi lebih manfaat selain daripada memelihara bayi anda, melindunginya daripada jangkitan, dan membekalkan makanan secara praktikal. Ianya memberi bayi anda kehangatan dan keselamatan, keintiman, dan ketenangan. Ianya teramat selesa. Bentuk payudara anda tidak menjejaskannya. Badan anda bersedia secara semulajadi untuk memberi susu badan. Anda tidak perlu memikirkan apa-apa. Dan, bentuk payudara mahupun puting susu anda tidak menjejaskan susu anda. Besar atau kecil – semuanya menghasilkan susu. Kuantitinya mungkin berbeza, namun ianya adalah bersesuaian dengan keperluan bayi anda.

Menyusu badan memerlukan kesabaran Kebanyakan ibu-ibu baru terkejut kerana memberi susu badan tidaklah semudah yang disangka. Walau bagaimana pun, bukankah ianya mempunyai fungsi semulajadi? Namun, ia mungkin mengambil sedikit masa untuk mula berfungsi. Hal ini adalah kerana ibu perlu menyesuaikan diri untuk sentiasa bersedia, seperti restoran 24 jam. Sementara itu, bayi perlu mendapatkan teknik menghisap yang betul. Ini adalah masalah awal yang menyebabkan kesakitan pada puting susu, dan ianya adalah jelas mengapa menyusu badan bukanlah perkara mudah sejak hari pertama. Oleh sebab inilah ianya dikenali sebagai ‘seni yang harus dipelajari’. Biasanya ia memang memerlukan sedikit ketenangan, masa, dan kesabaran. 

Kebanyakan ibubapa memerlukan dua atau tiga minggu untuk membiasakan diri. Selepas itu, barulah menyusu badan akan menjadi rutin yang mudah dan seronok.

Saya percaya ramai ibu-ibu yang mengalami kekurangan bekalan susu ibu tercari-cari apakah tips untuk meningkatkan bekalan susu ibu kan? 

Saya sediakan 20 tips yang boleh menjadi rujukan para ibu. Walaubagaimanapun, sebelum ibu-ibu memahami bagaimana untuk meningkatkan bekalan susu ,adalah penting untuk memahami bagaimana proses pengeluaran susu berfungsi.





Kita mungkin pernah dengar bahawa bekalan susu ibu adalah berdasarkan penawaran dan permintaan, tetapi pengeluaran susu pada awalnya tidak berdasarkan penawaran dan permintaan. Selepas anda melahirkan anak, hormon di dalam badan anda memberitahu payudara anda untuk mula menghasilkan susu. Dalam tempoh masa ini badan anda tidak tahu berapa banyak susu bayi anda akan perlukan. Ini adalah masa yang terbaik untuk mewujudkan bekalan susu yang baik.

Lama kelamaan, badan anda akhirnya mendapat tahu berapa banyak susu untuk dihasilkan berdasarkan penyingkiran susu dari buah dada anda. Apabila buah dada anda kosong, ini memberitahu badan anda untuk menghasilkan lebih banyak susu. Mengosongkan payudara kerap pada peringkat awal penyusuan akan membantu memastikan bahawa anda mempunyai bekalan susu yang baik. Tetapi apa yang boleh ibu2 lakukan kalau penyusuan tidak bermula dengan baik atau jika ibu2 mahu meningkatkan bekalan susu?


Ketahui 20 tips Meningkatkan Penghasilan Susu Ibu 

1. Menyusukan secara kerap. Penyusuan ibu yang kerap adalah nombor satu kunci untuk meningkatkan bekalan susu anda.

2. Menawarkan kedua-dua buah dada semasa penyusuan. Jangan menyusu sebelah sahaja.


3. Pastikan bayi menyusu cukup lama untuk mengosongkan payudara anda apabila dia menyusu.


4. Cuba tukar posisi penyusuan. Menyusu pada satu payudara, jika bayi memberi signal bosan, tukar kepada payudara yang lain, dan terus bertukar sehingga kedua-dua buah dada yang kosong atau bayi tidak lagi akan menghisap.


5. Menyusukan pada waktu malam. Penyusuan malam yang kerap boleh meningkatkan bekalan susu.


6. Pam selepas menyusu. Biasanya pam selepas penyusuan akan membantu mengosongkan payudara. Jika anda mendapati bahawa anda tidak mengepam apa-apa selepas menyusu anda boleh cuba mengepam sebelum menyusu.


7. Pastikan bayi menghisap dengan baik. Cuba lebih daripada satu teknik untuk mendapatkan bayi anda melekap dengan betul.


8. Dapatkan sokongan dari ibu- ibu menyusu yang lain.


9. Pam semasa anda menyusu. Pam sebelah dan menyusu sebelah. Kemudian biarkan bayi mengosongkan payudara yang anda pam.


10. Dapatkan sentuhan kulit ke kulit dengan bayi dengan lebih lama.


11. Menyusu di atas katil. Berbaring di atas katil boleh membantu anda berehat dan membolehkan bayi menyusu untuk tempoh yang lebih lama.


12. Jangan tidur meniarap pada waktu malam. Ini boleh memampatkan payudara anda dan menghalang bekalan susu anda.


13. Elakkan memberi puting tiruan

 
14. Elakkan daripada mengambil pil kawalan kelahiran semasa anda menyusukan jika boleh.


15. Jangan
merokok
 
16. Minum banyak air, terutama sebelum menyusu. Air suam juga boleh membantu membanyakkan susu.


17. Hadkan pengambilan kafein.


18. Makan makanan yang sihat dengan banyak protein.


19. Cuba mengambil milk booster seperti alfalfa. Ia dikatakan telah digunakan untuk membantu meningkatkan bekalan susu.


20. Jangan diet semasa anda sedang menyusukan. Amalkan pemakanan seimbang dan lengkap mengikut piramid makanan.

Selain mengikuti 20 tips mudah di atas, ibu2 juga boleh cuba mengamalkan supplement tambahan untuk kesihatan menyeluruh ibu agar dapat menghasilkan susu badan dengan lebih banyak.


Ketahui lebih lanjut mengenai supplement 'milkbooster' Shaklee dengan merujuk entry berikut :


    SET PENYUSUAN SHAKLEE

Tuesday 8 July 2014

Perbezaan Vitamin C Shaklee

Chewable 100mg Dan Sustained Released 500mg

vit
Shaklee menyediakan 2 jenis Vitamin C iaitu Sustained Release Vita-C 500mg  dan juga Chewable Vita-C 100mg. Kedua-dua jenis vitamin ni tak kurang hebatnya. Masing-masing ada kelebihan masing-masing. Tapi ramai orang salah faham! Kebanyakan orang sangkakan Sustained Release Vita-C 500mg tu untuk orang dewasa dan Chewable Vita-C 100mg tu untuk kanak-kanak
Perbezaan Kandungan Vitamin C Chewable 100mg dan Sustained Released 500mg
CHEWABLE VITAMIN C PLUS 100MG
  • Mengandungi Vitamin C Plus [100mg]
  • Mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex – 24.00mg
(provide 2.0mg Hesperidin)
(Provide 2.0mg Lemon Bioflavonoids)
(Provide 1.50mg Orange Biofolavonoids)
(Provide 0.50mg Grapefruit Bioflavanoids)
# Rose Hips Powder – 40.00mg
VITAMIN C PLUS SUSTAINED RELEASE 500MG
  • Mempunyai Vitamin C – 553.00mg
  • Mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex – 120.00mg
Kedua-duanya mempunyai kandungan yang sama. Cuma Chewable Vita-C Plus (100mg)mempunyai pertambahan Rose Hips Powder (juga salah satu sumber vitamin c yang hebat). Ia juga dikatakan sebagai ‘stomach tonic’ kerana ia membantu mengubati ulser perut, diarrhea, sembelit dan sebagainya. Selain daripada itu ia turut bertindak terhadap kolesterol, diabetis, tekanan darah tinggi dan sebagainya.
100mg
CARA TINDAKAN CHEWABLE VITAMIN C 100MG
  • Vita-C 100mg adalah Vitamin C berbentuk kunyah.
  • Setiap tablet kunyah mempunyai kepekatan 100mg Vitamin C. Ianya diberi nama ‘Chewable’ kerana ianya perlu dikunyah seperti gula-gula. Apa yang istimewanya ialah apabila anda mengunyah Vitamin C jenis ini, air liur akan membantu menghadamkan Vitamin C tersebut dan seterusnya membolehkan ianya sedia untuk diserap sebaik sahaja sampai ke usus kecil. Malah, kajian menunjukkan mengunyah Vitamin C dalam dos yang kecil beberapa kali sehari adalah lebih berkesan untuk penyerapan berbanding mengambil sebiji Vitamin C dalam dos yang besar sekaligus!
KELEBIHAN CHEWABLE VITAMIN C 100MG

  • Rasa lebih sedap dan lebih seronok untuk dinikmati.
  • Lebih mudah dikunyah.
  • Lebih sesuai untuk seisi keluarga.
  • Menarik minat kanak-kanak untuk mengambil Vitamin C dan dos nya sudah bersesuaian untuk kanak-kanak.
  • Lebih sesuai untuk golongan berusia yang mempunyai masalah penghadaman yang lemah dan susah untuk menelan disebabkan sakit ataupun faktor ketuaan.
  • Lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah fizikal dalamanseperti gastroesophageal reflux disease ataupun ketumbuhan esophageal yang mempunyai masalah menelan tablet.
  • Lebih sesuai untuk mereka yang selalu berada di luar kerana melancongdan sebagainya. Jadi, pengambilan Vitamin C jenis kunyah lebih mudah sebab tidak memerlukan air untuk dimakan.
  • Dos Vitamin C yang rendah dalam setiap tablet kunyah adalah lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif seperti gastrik, pedih hulu hati dan cirit-birit. Pengambilan Vitamin C dalam dos yang besar boleh menyebabkan ketidakselesaan.
 500mg
CARA TINDAKAN SUSTAINED RELEASE  VITAMIN C 500MG
  • Vita-C 500mg ni adalah Vitamin C berbentuk tablet.
  • Setiap tablet mempunyai kepekatan 500mg Vitamin C. Ianya diberi nama ‘Sustained Release’ kerana setiap tablet dicipta untuk membebaskan 1.5 Vitamin C buah secara berterusan perlahan-lahan ke dalam badan. Ujian klinikal menunjukkan Vitamin C dalam 2 tablet mampu bertahan selama lebih kurang 5 jam dan mampu kekal dalam plasma darah kita sehingga 24 jam!  Dengan kata lain, 2 tablet Vitamin C boleh melindungi badan kita selama sehari suntuk! Berbanding dengan tablet yang tidak diperbuat daripada teknologi ‘Sustained Release’, Vitamin C akan terus dihadam oleh usus dengan cepat dan sebahagian Vitamin C akan terus dibuang dan dibazirkan sebab usus tak dapat menyerap sepenuhnya Vitamin C tersebut. Rugi kan?
KELEBIHAN SUSTAINED RELEASE VITAMIN C 500MG
  • Sesuai untuk individu yang tiada masalah menelan.
  • Tidak perlu ambil berulang kali.
  • Dengan formulasi ‘Sustained Release’ ataupun ‘Pelepasan Masa’.
Pilihan di tangan anda untuk memilih mana satu jenis vitamin C yang anda perlukan dalam kehidupan anda.
BERMINAT ?

Klik link dibawah
Pm fanpage saya    : BayuVita
Pm facebook saya   : Norliza Azizan

Atau

Call/sms/whatsApp  : 012 - 4342495 (Liza)