Saturday 18 January 2014

KENALI PUNCA DAN CARA MENGATASI KEPUTIHAN








APA ITU KEPUTIHAN??
Keputihan atau Leukorrhea adalah gabungan bakteria flora yang normal dari faraj dan sel-sel sedia yang luruh dari dinding vagina, dan rembesan dari faraj dan serviks.
 
Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj wanita ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain.

KEPUTIHANKeputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Lazimnya, jika keputihan tiada berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan.

Sama juga jika keputihan bersifat berlendir dan tidak berbeku seperti susu basi atau berubah berbau hanyir, atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj menandakan jangkitan.
Keputihan yang disebabkan oleh keluaran lendir dari faraj seringkali menimbulkan kerunsingan dan ketakutan di kalangan wanita-wanita. 
Namun begitu, pengeluaran lendir keputihan dari kemaluan tidak semestinya menandakan penyakit. Disebaliknya ia mungkin tanda seperkara yang biasa sahaja. Lendir dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim untuk tujuan tertentu. Ia dikeluarkan oleh sel-sel dan kilang-kilang khas pengeluar lendir. 
Sifat lendir yang normal

Pada kebiasaannya sifat dan rupa lendir atau keputihan itu adalah jernih , cair tanpa berbau dan tidak diiringi rasa gatal.



Keputihan sebagai tanda penyakit


Pengeluaran lendir atau keputihan boleh menandakan sejenis penyakit pada faraj dan sistem peranakan. Di dalam keadaan sedemikian, pada kebiasaannya lendirnya bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, seringkali berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj. Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. Ini adalah tanda yang perlu diawasi kerana ada kemungkinan besar ada sejenis jangkitan kuman berlaku.


Begitu juga jika keputihan bersifat berlendir dan berbeku seperti susu basi atau berubah berbau hanyir, atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj, ianya menandakan jangkitan.

 APAKAH PUNCA KEPUTIHAN?
1) Sering menggunakan tisu sebagai sebahagian daripada mencuci feminin, selepas membuang air kecil atau air besar
2) Memakai seluar ketat yang diperbuat daripada bahan sintetik
3) Sering menggunakan Tandas awam yang tidak bersih
4) Membilas vagina dari arah yang salah. Iaitu dari hadapan dubur ke faraj
5) Kurang menjaga kebersihan faraj
6) keletihan yang melampau
7) tekanan
8) TIDAK segera menukar tuala wanita semasa haid
9) gaya hidup tidak sihat ( gangguan makan , tidak bersenam, tidur kurang)
10) Selalunya mandi dalam tab mandi dengan air panas, Kulat yang menyebabkan leukorrhea lebih cenderung untuk membesar dalam keadaan panas.
11) Tahap gula darah tinggi
12) Hormon tidak seimbang - terutama sebelum dan selepas datang bulan atau ketika mengandung



PENYAKIT BERKAITAN KEPUTIHAN 
Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual seperti Bacterial vaginosis, Candida vaginitis, Trichomonas vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes.

Setiap satu jangkitan mempunyai sifat lendiran dan bauan tertentu. Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan bahawa keputihan itu adalah cuma lendiran faraj biasa dan bukannya disebabkan oleh jangkitan.

Jika anda aktif dalam melakukan hubungan kelamin, maka anda perlu menjalankan ujian pap smear dan pemeriksaan pelvis.

Gunakan alas seluar dalam (panty liner) untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan.

Ubat-ubatan untuk jangkitan adalah khusus dan ada kalanya perlu diulangi rawatannya. Suami atau pasangan seksual juga dinasihatkan untuk menjalani rawatan.
Sumber (Penyakit Berkaitan Keputihan) :
Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, Selangor, Dr. Fairuz A’shikin Abd. Kadir.

 PETUA TRADISIONAL UNTUK RAWATAN KEPUTIHAN:

Cara Pertama


1. Ambil secekak pucuk pegaga dengan akarnya sekali dan bersihkan.

2. Kemudian anda rebuslah pucuk pegaga tadi bersama 2 gelas air bersih.

3. Masukkan sedikit garam kedalam air rebusan itu.

4. Setelah mendidih ,biarkan ia sehingga sejuk.

5. Apabila air rebusan telahpun sejuk,anda tapislah air rebusan itu.

6. Minum air tersebut 2 kali sehari.

7. Amalkan sehingga masalah keputihan dan rasa gatal itu sembuh.

Cara Kedua


1. Ambil 12 helai daun sireh dan bersihkanya.

2. Kemudian anda sediakan 1 liter air suam.

3. Ramas kesemua daun sireh tadi bersama-sama air suam tadi.

4. Tapislah air tersebut.

5. Gunakan air tapisan untuk mencuci bahagian alat sulit anda.

6. Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, petua ini juga dapat merapatkan kembali bahagian alat sulit wanita.

7. Lakukan sehingga anda dapat mengatasi masalah keputihan yang dialami.

Perhatian: Petua tradisional ini hanyalah alternatif untuk rawatan yang didapati dari orang-orang tua terdahulu. Bagaimanapun anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor supaya tidak ada kesan sampingan dikemudian hari.

ANDA RASA SUKAR UNTUK MENGIKUTI PETUA DI ATAS??  
NAK TAHU CARA ATASI KEPUTIHAN DENGAN LEBIH MUDAH DAN SENANG DIAMALKAN ?
Atasinya dengan Alfalfa Shaklee





PERBEZAAN ALFALFA SHAKLEE:


Alfalfa Complex merupakan suatu Formula Shaklee

Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee 

dalam 1950-an. Kami hanya menggunakan alfalfa terbaik 

yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis 

zat, termasuk kalsium, fosforous, zat besi, dan magnesium 

serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral surih dan 

vitamin.



Jadi, tunggu apa lagi?

Jika masalah keputihan sudah lama merungsingkan 

anda, cubalah Alfalfa Shaklee dan rasai perbezaannya!

Amalkan Alfalfa!!


Ya, alfalfa mampu mengatasi masalah keputihan. Saya sendiri antara ramai yang telah alaminya! Masalah keputihan yang membelenggu kini tiada.

BayuVita kongsikan antara testimoni pengguna Alfalfa yang mampu keluar dari masalah 'keputihan'.



Testimoni Alfalfa Vs. Keputihan : 1


Testimoni Alfalfa Vs. Keputihan :2




Hubungi BayuVita untuk mendapatkan supplement Alfalfa anda sekarang.
Dijamin harga rendah berbanding harga pasaran.


Klik link dibawah
Pm fanpage kami    : BayuVita
Pm facebook saya   : Norliza Azizan

Atau
Call/sms/whatsApp  : 012 - 4342495




No comments:

Post a Comment