Monday 30 June 2014

CHECKLIST KELENGKAPAN BERSALIN

PENTING!!!!

Lazimnya..bila masuk 7 bulan kehamilan, masing-masing sibuk buat persediaan unyuk menyambut kelahiran ;)

Jom kita tengok checklist yang disediakan khas untuk ibu-ibu semua agar tak panik pada hari kelahiran..hehe


PERSEDIAAN SEBELUM KE HOSPITAL


 Perkara yang perlu dibawa masa ke hospital untuk lahirkan anak:
  1. Kad mengandung, IC, GL
  2. Baju baby sekurangnya 2 pasang, stoking tangan n kaki baby, selimut
  3. Lampin sekurangnya 2 helai
  4. Kain tuala
  5. Wet tissue sebab kena sapu najis baby…
  6. Tisu kotak
  7. Pad
  8. Baju mak, kain sarung sekurangnya 2 helai
  9. Selipar Jepun’
  10. Sapu tangan baby
  11. Gelas atau cawan nak minum air
  12. Plastik sampah..kot-kot nak letak baju kotor..
  13. Stokin mak
  14. Pampers- 5 keping
  15. Kurma utk bagi tenaga sebelum berjuang..air minuman berperisa koko atau coklat
  16. Apa apa makanan sebelum berjuang
  17. Bantal baby atau kain sarung yang dilipat utk alas kepala baby..

Seeloknya bawa peneman ke hospital untuk jagakan beg anda...(samada rakan atau adik-beradik)
Sebab kadang2 nurse kat kaunter tu memang busy...
4 perkara wajib dibawa masa ke dewan bersalin bagi anda yang bersalin di hospital kerajaan. Asingkan siap-siap, sebab bila nurse announce je “suami kepada dot..dot..dot.. ikut masuk dewan bersalin bersama  4 barang”. (Hah!! mau panik si suami kalau tak diberitahu awal2) mudahkan lah si suami tu, bagi tau “nanti abang keluarkan bag plastik warna biru dan pegang siap-siap”. Baru la dia rilek sikit. Dah le uols tengah sakit nak bersalin, tengok muka suami panik pula. Maka mungkin uols turun dari katil gi buka zip bag utk ambil barang. Sure kena sound setepek dua ngan nurse yang suami tak boleh diharap. Sendu la uols nanti. Mood dah ke laut waktu bersalin. :(
1. Baju baby
2. Pampers baby
3. Bedung Baby
4. Tuala Baby
Kalau bersalin di hospital swasta, katil dah awal-awal dapat kan. Boleh la simpan barang kat almari berkunci tu dulu. Barang-barang yang perlu bawa ke dewan bersalin rasanya tidak perlu bawa apa-apa. Semua tersedia. Hehehehe.
Hospital Bag Bersalin ni uols simpan je dekat bonet kereta, tidak kira lah mana tempat anda bersalin. Pastikan semua dah ada dan jangan di alih kemana-mana ya. In case kalau dah nak bersalin sangat mungkin hospital kerajaan lagi dekat, kenalah de tour ke sana. Hospital Swasta dah tak sempat dah. Melainkan dah cuti awal-awal dan tak kemana-mana yang jauh dari hospital swasta yang uols dah booking. :) 

PERSEDIAAN LENGKAP MENYAMBUT KELAHIRAN

Dibawah ini adalah barang dan perkara yang perlu di ambil berat sebelum, ketika dan selepas bersalin. Sesuai untuk pengetahuan ibu yang baru anak pertama.
Barang-barang yang diperlukan oleh baby:

  1. Baju (butang depan..senang nak pakaikan pada baby)-yang mahal 2 @ 3 helai je..yang murah banyak untuk pakai kat umah…baju nipis untuk waktu tengahari juga penting terutama kalau tempat yang panas.
  2. Lampin-10 helai dah cukup sebab baby sekarang pakai pampers pakai buang.
  3. Pampers-beli yang saiz new born saiz S sebab sesuai utk baby baru lahir..
  4. Pelapik getah utk tukar lampin.beli pelapik yang ringan..senang nak angkat..
  5. Kelambu baby untuk elak dari nyamuk dan atuk nyamuk dari gigit..
  6. Tilam baby-kena ada sekurangnya 2-1 yang tebal dan bagus kalau dibuat dari kekabu.baby selesa..1 yang ringan..senang nak bawa g mana2..Bantal baby jangan tinggi sangat
  7. Wet tissue-penting untuk lap najis baby waktu malam..sebab malas nak bangun basuh..
  8. Tisu kena banyak…
  9. Kain ikat perut baby –elak kembung perut…ada kat kedai
  10. Stoking tangan n kaki baby-penting sebab kuku baby panjang nanti cakar muka dia.kaki pun sama..tapi kaki tak lah sampai cakar muka..hehe
  11. Sapu tangan baby untuk lap susu lepas baby menyusu
  12. Kain selimut baby-waktu malam
  13. Jemuran bulat-senang sidai pakaian yang dibasuh
  14. Tong sampah-buang pampers+wet tissue dsb..
  15. Botol susu kecik..beli putting yang lubang dia bukan bulat tapi X atau Y…n short neck…(putting pendek)
  16. Susu formula sebab biasanya hari pertama n kedua, susu badan x kuar banyak.so baby lapar..bagi lah dia susu formula utk alas perut sementara susu badan banyak. ( Peringatan : kalau boleh sentiasa bagi susu badan, susu badan adalah yang terbaik Allah kurniakan sehingga baby umur 6 bulan
  17. Pencuci botol susu jangan guna sabun basuh pinggan..ada sabun khas..kat supermarket ada.
  18. Sabun wangi badan yang buku untuk basuh pakaian baby.sabun basuh keras untuk baby…guna sabun mandi until baby 6 bulan, bila basuh kain lampin baby jangan guna berus atau apa pun hanya guna sabun mandi dan rendam2 sahaja.
  19. Cotton bud baby
  20. Ball Cotton untuk cuci pusat baby dsb
  21. Minyak bayi ( jenama tanya orang2 tua..xbleh tulis sini )utk sapu pada perut baby
  22. Mandian, losen., syampu,bedak..
  23. Apa-apa yang difikirkan perlu
Untuk mak baby:
  1. Pad yang murah n selesa sebab nak kena tukar selalu.rugi kalau yang mahal..hehe..yang mahal ( guna pada hari 1, 2,3 ,4 jer n waktu bertungku)
  2. Kain batik n t shirt cotton
  3. Stokin’
  4. Ubat balut perut-balut perut selepas 5 hari..sebab luka dah ansur pulih..
  5. Pati gamat/pil gamat-utk cpat sembuh luka
  6. Ikan haruan-buat sup-letak halia n lada hitam
  7. Bra breast fedding..Tanya kat kedai..ia senang untuk susukan bayi.
  8. Bengkung…utk kempiskan balik perut
  9. SET BERSALIN SHAKLEE of COSSS (Rujuk Entry : SET BERSALIN IBU MODEN)
Akhir kata..
Selamat Menyambut Kelahiran ;)

Semoga info di atas dapat membantu anda membuat persediaan dengan sempurna.


Salam Sayang,
BayuVita

No comments:

Post a Comment