Saturday 14 June 2014

TIPS PENYUSUAN SUSU IBU




Salam Semua ;)

Saya percaya pasti ramai ibu-ibu di luar sana yang memang berazam untuk menyusukan anak secara ekslusif. Cuma kadang-kadang tiada rezeki untuk meneruskan niat tersebut disebabkan beberapa faktor.

Saya sendiri memang berazam untuk menyusukan anak saya secara ekslusif semasa melahirkan anak pertama dulu. Genap 8 bulan usia kandungan dah google mencari set breastpump. Tapi kita hanya merancang...akibat kekangan masa dan keletihan akibat terpaksa berulang alik ke hospital sepanjang tempoh berpantang kerana masalah kesihatan anak...stok susu untuk bekalan semasa saya mula bekerja tidak mencukupi (Maafkan mama..Alisya)

Saya hanya berjaya menyusukan anak secara ekslusif selama 4 bulan. Kecewa dan sedih...tapi semua tu perancangan Allah. Kita hanya mampu merancang. Saya tetap bersyukur kerana diberi kesempatan menyusukan anak secara ekslusif dalam tempoh tersebut.
 

Penyususan susu ibu adalah proses yang perlu dipelajari oleh ibu bapa. Adalah penting untuk mendapatkan sebanyak mungkin ilmu berkaitan penyusuan susu ibu. Berikut merupakan panduan yang dapat membantu anda dalam menyusukan bayi.


1.  Hadiri kelas persediaan penyusuan susu ibu atau kelas antenatal yang menyentuh tentang penyusuan susu ibu secara menyeluruh.

2. Mulakan penyususuan susu ibu sejurus selepas bayi dilahirkan, sebaik-baiknya dalam tempoh 1 jam. Kolostrum yang ada dalam beberapa hari pertama kaya dengan protein dan bahan lain yang dapat menghalang jangkitan kepada bayi.

3. Cuba posisi yang berlainan ketika menyusu. Elakkan membongkok ke arah bayi. Sebaliknya, duduk dan halakan bayi ke paras payu dara.

4. Menyusu mengikut permintaan berdasarkan isyarat kelaparan bayi (baby cues) tanpa sekatan. Perhatikan isyarat seperti mulut bayi buka tutup, meletakkan tangan di bibir dan menangis. Adalah penting untuk bayi disusukan mengikut permintaannya.

5. Pastikan payudara dikosongkan sebaik mungkin setiap kali sesi penyusuan untuk memastikan proses penghasilan susu berjalan lancar. Lebih kerap payudara disusukan (dengan efektif), lebih banyak susu akan dihasilkan.

6. Susukan bayi sehingga puas. Kandungan lemak dalam susu ibu meningkat sewaktu sesi penghisapan. Biarkan bayi selesaikan penyusuan sebelum menawarkan payudara yang sebelah lagi.

7. Elakkan puting kosong

8. Menyusu secara ekslusif selama enam bulan ertama. Penyususan susu ibu ideal untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi anda.

9. Jangan beri supplement (air, air glukos, susu formula, makanan bayi dll) kepada bayi.

10. Jika bekerjaya, pastikan anda membuat persediaan sewajarnya. Pastikan stok susu anda mencukupi dan disimpan dengan cara yang betul. Anda boleh rujuk entry saya sebelum ini berkaitan Cara Menyimpan Stok EBM.

10. Pemakan memainkan peranan penting dalam kesihatan anda. Apabila anda sihat, bayi pun sihat.

(Sumber : Majalah Pa&ma)

Selain itu, pengambilan supplement juga terbukti mampu membantu melancarkan usaha untuk penyusuan secara eksklusif.

Namun begitu, lebih baik memilih supplement semulajadi yang diproses melalui teknologi moden tanpa menghilangkan nutrisi dari proses haba, tekanan dan pengawetan.

Supplement Shaklee memang berasal dari sumber semulajadi yang diproses dengan sebaik mungkin supaya ianya tahan lama tanpa perlu ditambah dengan pengawet. Nutrisinya juga dapat dikekalkan. Jadi, apakah sebenarnya kepentingan mengambil supplement semulajadi berbanding supplement sintetik yang ada di pasaran ini?

Perbandingan antara supplement semulajadi dengan supplement sintetik.
  1. Sumber : Supplement semulajadi dari bahan asli, tetapi sumber supplement sintetik dari BAHAN KIMIA yang diproses untuk mengandungi nutrisi yang sama seperti nutrisi asli
  2. Selamat : Sudah tentulah supplement semulajadi lebih selamat diserap oleh sel badan berbanding supplement sintetik yang mengandungi bahan kimia itu.
  3. Penyerapan & keberkesanan : Supplement semulajadi lebih senang diserap oleh sel badan berbanding bahan kimia dari supplement sintetik yang membuatkan keberkesanan supplement semulajadi dapat dilihat cepat dan lebih dari supplement sintetik kerana peratus penyerapan supplement semulajadi yang lebih tinggi oleh sel badan.

Oleh itu, point utama pemilihan supplement adalah : Yang selamat kepada tubuh badan, tidak mendatangkan toksin terhadap tubuh dan yang lebih berkesan.

Selamat itu sangat penting terutama buat ibu-ibu yang menyusu, kerana kita seboleh-bolehnya tidak mahu mendedahkan bayi yang kita susukan ini kepada bahaya bahan sintetik dan juga toksin yang terhasil dari bahan kimia tersebut.
 

Akhir kata, saya doakan anda berjaya menyusukan bayi anda secara ekslusif ;)


Salam Sayang,
Norliza Azizan
 






 



No comments:

Post a Comment