Sunday 29 June 2014

PUNCA BUASIR



BUASIR


Tidak Mengenal Usia Dan Jantina


APAKAH BUASIR?

Buasir atau hemoroid, adalah pembengkakak pada vena yang terletak di bahagian rectum dan dubur. Apadila vena ini membonjol keluar, ia menganggu dan menyebabkan membrane di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.


BAGAIMANA BUASIR TERJADI??

Buasir terjadi disebabkan oleh tekanan darah yang terlalu tinggi di bahagian rectum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau ‘memeri’ dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutama sewaktu meneran.


JENIS-JENIS BUASIR             
 
     1) Buasir Dalaman

Lazimnya buasir ini terasa sakit dan gatal kerana terletak jauh ke dalam rectum. Buasir dalaman tidak berbahaya tetapi tindakan meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar dan menyebabkan permukaannya berdarah. Anda akan terlihat TITISAN DARAH BERWARNA MERAH CERAH pada mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapatkan bantuan perubatan, keranan darah tersebut mungkin dating daripada sumber lainseperti  ketumbuhan atau kanser kolekterum.


     2) Buasir Luaran

Buasir jenis ini sering didengari. Ia boleh mengakibatkan gejala gejala seperti sakit, pedih dan gatal di bahagian dubur. Buasir yang tersepit boleh menyebabkan bekalan darah terputus., seterusnya menyebabkan pembekuan darah berlaku di dalam. Akibatnya, mereka yang mengalami gejala ini akan berasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan.

 Apabila salur darah vena rectum teregang atau ‘memeri’ ia menyebabkan buasir. Ia sukar dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali  walaupun dengan tekananyang lebih ringan berbanding sebelumnya.

 Wanita hamil juga ada mendapat penyakit buasir ini. Ini kerana, tekanan yang berlakuakibat janin semakin membesar di dalam rahim ibu. Justeru, bagi anda yang menyedari masalah ini, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian.


PUNCA UTAMA BUASIR

  •  Sentiasa duduk (duduk terlalu lama akibat pekerjaan dan sebagainya)
  • Tindakan meneran setiap kali membuang air besar (ketika najis keras atau sembelit)
  •  Cirit birit
  • Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
  • Masalah batuk yang teruk
  • Proses bersalin
  • Kerap mengangkat benda-benda berat

PENCEGAHAN BUASIR

  • Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, pastikan anda bangun dan berjalan sekali sekala, sekurang-kurangnya 5 minit dalam setiap jam. Bergerak2 di kerusi anda untuk mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
  • Hembuskan nafas keluar sekiranya berasa tertekan atau tegang. Amalkan juga cara pernafasan yang betul ketika mengangkat barang berat, Caranya adalah dengan menghembus nafas keluar. Elakkan dari menahan nafas.
  •  Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk yang dihidapi agar tidak berpanjangan. JIka mengalami cirit-birit, ambil langkah segera untuk mengubatinya. Penyakit sembelit dan buasir sering berlaku apabila masalh-masalah ini dibiarkan berpanjangan.
  • Jangan membaca atau bereha-rehat didalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit (proses membuang air besar terlalu lama), pasti ada sesuatu yang tidak kena. Justeru, pastikan anda mengamalkan tabiat membuang air besar yang baik dan pastikan najis sentiasa lembut (banyakkan makan makanan berserat tinggi).

 TIPS MUDAH ATASI BUASIR 
  1.  Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
  2. akan makanan seimbang. Lebihkan makanan berserat tingg seperti bijirin, buah-buahan dan sayura-sayuran.
  3. Gunakan tandas pada masa rutin seperti selepas bangun tidur selepas minum segelas besar air.
  4.  Elakkan daripada memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan seperti makanan pedas atau berempah, kopi dan teh. 
Rujuk Artikel Berkaitan : Tips Atasi SEMBELIT 

No comments:

Post a Comment