Sunday 6 July 2014

CARA MUDAH ATASI KULIT TERBAKAR (SUNBURN)

"Wajahku berbelang...baru 2 hari bercuti di tepi pantai"

Itu antara luahan yang sering didengar sekiranya kita melakukan aktiviti luar. Jom kita cuba cara semulajadi. Ingat, resipi alami tidak pernah mengecewakan. Anda cuma perlu bersabar menanti hasil.

Berikut merupakan cara mudah untuk mengurangkan masalah kulit terbakar.

1) DAUN LIDAH BUAYA 



Ambil beberapa tangkai daun ini dan patahkan di tengahnya. Colek lendirnya dan sapukan ke kulit wajah sambil mengurut perlahan. Cuba amalkan setiap hari. Tidak lama kemudian, anda pasti dapat lihat kesannya.


2) MASKER TIMUN DAN SUSU TEPUNG 

Ambil beberapa biji timun kecil. Kisar sehingga hancur. Seterusnya campurkan dengan 2 susu susu tepung. Setelah campuran likat, sapukan ke kulit wajah dengan rata. Jadikan ia seperti masker. Khasiat timun dan susu tepung ini dipercayai mampu menyejukkan kulit uang terbakar.


3) TOMATO


Selain timun, tomata juga mempunyai agen penyejukan sendiri. Cuci bersih tomato yang hendak digunakan. Kemudian, belah 2. Gosokkan tomato ini pada wajah perlahan-lahan. Setelah habis, biarkan ia kering di muka seketika. Selepas kira-kira 10 minit, cuci wajah dengan air bersih.


4) KENTANG


Ambil sebiji kentang bersaiz sederhana. Tidak perlu buang kulitnya. Basuh bersih dan kukus sehingga lembut. Kemudian, lenyek kentang sehingga hancur. Sapukan ke wajah dan jadikan seperti masker. Khasiat ubi kentang juga dipercayai bagus untuk menyejukkan kulit terbakar.

SELAMAT MENCUBA ;)

Cara lain untuk mengatasi masalah sunburn anda adalah dengan mengamalkan SET KECANTIKAN Shaklee. 
1) ESP
2) Vita-E Complex
3) Sustaines Release Vita-C
4) B-Complex

(Rujuk Entry : SET KECANTIKAN Shaklee)

No comments:

Post a Comment