Monday 21 April 2014

Madu Untuk Diet

10 Cara Madu Membantu Program Diet



Madu adalah salah satu bahan semulajadi dengan pelbagai manfaat. Ia sudah dikenali sejak zaman dahulu sebagi salah satu sumber makanan yang baik untuk kesihatan dan kecantikan. Ia juga sesuai dijadikan sebagai pengganti gula sekaligus dapat menjaga ukuran pinggang anda.

Berikut antara amalan yang sesuai dilakukan untuk membantu program diet anda berjalan lebih lancar.

Cara 1 - MADU + Perahan Lemon
Untuk memulai hari anda, cuba minum segelas air lemon atau limau nipis dengan madu. Minuman sihat ini membantu agar metabolisme anda kekal baik dan aktif. Selain itu madu juga mampu menghilangkan lemak dan menjadi minuman detoks untuk tubuh. 
(Alternatif : Anda juga boleh mengamalkan pengambilan ALFALFA setiap hari untuk tujuan detoks)

 

Cara 2 - MADU + Badam
Salah satu sarapan baik dan menyihatkan adalah satu sudu madu dicampurkan pada badam. Kacang ini diperkaya dengan tenagadan Vitamin E sementara madu pula memberi nutrisi magnesium dan mineral penting kepada tubuh.




Cara 3 - Air MADU + Teh
Minuman ini mampu memberi kesan menenangkan sehingga membuat tubug relaks. Gantikan penggunaan gula di dalam minuman anda bagi mendapatkan rasa yang lebih segar dan bermanfaat untuk kesihatan.

Cara 4 - MADU +Air
Amalan meminum air madu hangat selepas makan boleh membantu melancarkan pencernaan. Selain itu, ia juga melancarkan metabolisme yang memudahkan diet anda.


Cara 5 - Air MADU + Kayu Manis
Ia merupakan salah satu jenis minuman yang disarankan untuk anda yang sedang diet. Kombinasi kedua-dua bahan ini mampu melancarkan metabolisme tubuh.


Cara 6 - MADU + Salad


Kebanyakan salad mengandungi minyak atau mayones. Anda juga bleh menggunakan madu sebagai 'salad dressing' untuk menggantikan minyak atau mayones. Madu bukan sahaja mengandungi banyak khasiat tetapi juga enak dinikmati.


Cara 7 - MADU + Susu
Jika anda penggemar susu, campurkan madu ke dalam susu skim. Rasanya akan lebih nikmat dan lembut sehingga memnuatkan diet anda tidak sukar dek kerana makan makanan yang terasa hambar.


Cara 8 - MADU + Yogurt

Yogurt mampu melancarkan sistem pencernaan. Untuk mengekalkan kesihatan dan sistem pencernaan, pilih yogurt tanpa gula dan yang rendah lemak. Agar lebih enak, tambahkan madu yang boleh menjadi pemanis dan antibiotik semulajadi.



Cara 9 - MADU + Halia
Yogurt mampu melancarkan sistem pencernaan. Untuk mengekalkan kesihatan dan sistem pencernaan, pilih yogurt tanpa gula dan yang rendah lemak. Agar lebih enak, tambahkan madu yang boleh menjadi pemanis dan antibiotik semulajadi.

 

Cara 10 - MADU sebagai Topping
Pilih madu sebagai topping atau sos penkek, puding, pisangdan pelbagai hidangan pemanis mulut anda. Khasiat madu mampu membantu diet anda.




(Sumber : Majalah Rapi)



JOM AMALKAN MADU DALAM DIET HARIAN KITA !!!!













Wednesday 16 April 2014

MAKANAN SI MANJA 



Memulakan makanan pelengkap merupakan cabaran buat anda dan bayi anda. Anda juga mungkin turut merasa tekanan daripada orang tua atau kawan-kawan yang meminta anda memberi makanan pejal kepada bayi anda sebelum umur yang sepatutnya.


Tanda-tanda Bayi Anda Sudah Bersedia

Jika bayi anda telah mencapai umur empat bulan (bayi menyusu susu formula) dan enam bulan (bagi bayi menyusu susu ibu secara eksklusif) dan mempunyai tanda-tanda berikut, maka anda bolehlah mula memberinya makanan pejal : -


  • Kepala bayi tegak dan tidak bergoyang ketika dalam keadaan badannya tegak.
  • Boleh duduk dengan sedikit sokongan daripada orang dewasa.
  • Berat badannya sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada berat lahirnya.
  • Menunjukkan tanda-tanda lapar walaupun telah disusukan lapan hingga sepuluh kali.
  • Menunjukkan minat terhadap makanan yang dimakan oleh orang dewasa.
  • Bayi anda juga mungkin akan cuba untuk mencapai makanan yang sedang anda makan.
  • Tidak menolak dengan lidah atau meluahkan makanan yang disuapkan ke mulutnya.
  • Boleh mengunyah dan menelan dengan baik makanan yang disuapkan.
  • Bayi boleh memegang makanan dengan tangannya.

Kenapa Perlu Tunggu Sehingga Sampai Waktunya?


Kebaikan Untuk Bayi :

  • Sistem penghadaman bayi yang berusia kurang 6 bulan belum matang dan dia tidak dapat menghadam makanan dengan sempurna menyebabkan masalah seperti bayi muntah, sembelit dan juga cirit-birit.
  • Lebih awal bayi diperkenalkan dengan makanan lain selain daripada susu ibu, lebih mudah bayi tersebut berkemungkinan mendapat alahan atau alergi terhadap makanan tersebut.
  • Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan dapat mengurangkan risiko gastrointestinal, pernafasan dan jangkitan telinga pada bayi.
  • Bayi yang berusia lebih 6 bulan dapat mengambil bahagian secara lebih aktif semasa makan seperti mencapai makanan jika masih mahu makan atau berpaling jika sudah kenyang.
  • Makanan pejal akan mengurangkan jumlah susu yang bayi ambil.
  • Bayi yang makan makanan pejal terlalu awal mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi gemuk apabila besar nanti berbanding dengan bayi yang memulakan makanan pejal pada masa yang sesuai.
  • Menyuap makanan pejal kepada bayi yang belum duduk adalah lebih sukar dan kadang-kadang mengecewakan bayi dan anda sendiri.

Kebaikan Untuk Ibu Yang Menyusu:

  • Ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif lebih lama akan mudah menurunkan berat badan.
  • Cara semulajadi untuk menjarakkan kelahiran kerana haid datang lebih lambat.
  • Bekalan susu ibu yang lebih stabil.

Masa paling sesuai untuk introduce solid food adalah time umur 6 bulan. Walaupun ada sesetengah buku tulis start time 4 bulan, seeloknya tunggulah sehingga 6 bulan,kerana pada ketika ini ususnya telah matang.


RESEPI UMUR 6 BULAN
Anda disarankan menggunakan teknik 3-4 days rules. Kenalkan satu2 jenis makanan tu selama 3-4 hari untuk mengenalpasti sekiranya bayi anda alah terhadap sesuatu makanan.

Hari 1-3: air kanji nasi
Ambik air nasi yg mendidih tu, bagi minum, bagi dalam 4-5 sudu jer. Ini petua
org tua2 nak intro solid kat baby
Hari 4-7 : bubur nasi
Hari 8-11 : bubur nasi + kentang
Hari 12- 15 : bubur nasi + carrot
Hari 16-19: bubur nasi +bayam
Hari 20- 23: bubur nasi + bilis
Hari 24-27: bubur nasi+kentang+ carrot
Hari 28-31: bubur nasi+kentang+carrot+bilis

Time 6 bulan ni,  tapis semua makanan. Ada org suka blender, tpi prefer tapis dengan penapis.
Ikan bilis tu kalau boleh cari yg warna putih (less salt). Kalau takde pun ikan bilis biasa tu, rendam lama skit, biar hilang masinnya. Goreng sangai (tanpa minyak), then blend kering sampai halus. Simpan buat stok.

Beras pun blend kering dulu. Bila masak tu senang dia hancur, tak susah sangat nak tapis.
Ingat.. No sugar, no salt for baby below 1year.


RESEPI 7 BULAN
BREAKFAST
1) Puri kentang
Rebus kentang (buang kulit dulu) hingga empuk.
Kemudian, lecek2kan dia hingga hancur.
Campurkan sedikiit perahan susu ibu untuk menghaluskan lagi teksturnya.

2) Puri carrot (sama mcm puri kentang)

3) puri brokoli

4) puri bayam (Boleh juga dicampur adukkan sayur-sayuran diatas untuk dijadikan puri sayur campur)

5) puri epal

6) puri pisang (pisang tak perlu dimasak)

7) puri betik


LUNCH
1) Bubur+sayur+bilis


Penyediaannya sama macam resepi 6 bulan, tapi tak perlu blend dah.
Just masak dan lecek2kan sampai halus.
2) bubur+ sayur + ikan

masak bubur bersama sayur, dan lecek.
Ikan direbus (potong kiub untuk memudahkan, bila masak, sejukkan sebentar dan blend (blend basah)
Campurkan bubur dan ikan.
3) bubur+sayur+ ayam/daging (sama macam resepi ikan)

Nak menyedapkan lagi, goreng bawang dengan sedikit minyak, taburkan atas bubur.
juga boleh ditaburkan dengan daun bawang & daun sup untuk menambahkan aroma.


RESEPI 8 BULAN
BREAKFAST
1) oat+ kismis/kurma

didihkan air (anggaran 1 mug), masukkan 2 sudu besar oat (original/organic).
masak sampai kembang.
Cubit2kan kismis/kurma, dan campurkan dalam oat yg siap dimasak...
2)Oat + bilis (sama cam atas)

3) puri sayur @ puri buah


LUNCH
1)nasi lembik + sayur + ikan/daging/ayam
Masak nasi lembik. 
Tumis sedikit bawang merah,bawang putih dan halia dengan sedikit minyak (prefer minyak zaitun), bila naik baunya, campurkan dengan sedikit air, bila air mendidih, masukkan ayam/ikan/daging dan masak sehingga empuk. Masukkan sayuran dan masak hingga empuk.
Cara makan : boleh dimakan berasingan, nasi + sup gaulkan sekali nasi dan sup.

TEA-TIME
1) kentang + bilis
rebus kentang hingga lembut.
Lecek halus dan gaul dengan sedikit serbuk bilis.
Kepal2kan dan suap baby (macam kuih keria yg tak dimasak)
 

2) Roti + susu Ambil sekeping roti (prefer roti gardenia,kalau dapat roti yg kandungan gula kurang lagi bagus) rendam dalam perahan susu ibu(sedikit sahaja untuk melembutkan), dan terus dimakan.

TIPS

****Dan lagi satu, agak renyah nak masak sikit2 pagi2 ni. Puan2 boleh sejuk bekukan makanan baby. Macam saya, after masak, time panas2 tu, saya simpan dalam bekas dadih 6oz. Masuk terus dlm freezer (bhgn beku), Ikut kajian, tahan sampai 2 minggu. Bila nak masak, boleh panaskan guna microwave, tapi saya lebih suka masak guna api. Letak sedikit air panas dan biarkan bubur tu cair sepenuhnya. ****


ANTARA MENU LAIN YANG BOLEH DICUBA
 




BUBUR NASI + SAWI MANIS + AYAM + BADAM

BUBUR NASI + LOBAK MERAH + AYAM + BADAM

BUBUR NASI + LABU + AYAM +  BADAM



BUBUR NASI + KENTANG + AYAM + BADAM
BUBUR NASI + BROKOLI + AYAM + BADAM


BUBUR NASI + BAYAM MERAH + AYAM + BADAM.


BUBUR NASI + LOBAK UNGU + AYAM + BADAM


BUBUR NASI + BAYAM HIJAU + AYAM + BADAM


BUBUR NASI + KENTANG + K.BUNCIS + AYAM + BADAM


BUBUR NASI + L.MERAH + KENTANG + AYAM + BADAM


BUBUR NASI + TAUHU + L.MERAH + AYAM + BADAM


BUBUR NASI + KOBIS BUNGA + KENTANG + AYAM +  BADAM


BUBUR NASI + L.UNGU + S.MANIS + AYAM +  BADAM




BUBUR NASI + BROKOLI + TAUHU + AYAM +  BADAM


BUBUR NASI + L.MERAH + LABU + AYAM + BADAM


BUBUR NASI + KENTANG + BROKOLI  + AYAM +  BADAM
Pastikan bahan-bahan tambahan di dalam bubur yang anda pilih perlu dihancurkan, dikisar, dilumatkan, ditumbuk, dicincang atau diparut. (Tambahkan sedikit garam- untuk bayi berumur 1 tahun ke atas sahaja.)Tabur hidangan bubur nasi yang siap di masak dengan kisaran buah badam. Bagaimana cara menyediakan kisaran halus buah badam?

1.Basuh buah badam dengan sebersih-bersihnya.

2.Kemudian goreng buah badam tadi di dalam kuali tanpa minyak.

3.Biarkan badam sejuk terlebih dahulu kemudian potong buah badam kepada 4 bahagian dan masukkan ke dalam mesin pengisar.

4.Kisar buah badam sehingga sehancur mungkin. Buah badam yang siap di kisar disimpan di dalam bekas kedap udara.

5.Simpan kisaran buah badam tadi di dalam peti sejuk.

6.Taburkan kisaran buah badam di atas 1 hidangan semangkuk bubur.

 





Para tahfiz Al-quran di negara timur tengah mereka amalkan dengan memakan buah badam dan juga kismis. Begtu juga dengan orang yahudi memberi anak-anak mereka dengan amalan minuman susu suam yang dicampur dengan kisaran buah badam. Para suami digalakkan memakan buah badam untuk memperbaiki dan menyihatkan kualiti sperma.


MANISAN MINDA UNTUK SI MANJA ANDA


1.Ambil 7 biji kismis hitam + 4 biji kismis kuning + air/ air zam-zam.

2.Basuh sehingga bersih kesemua bahan tersebut.

3.Masukkan kedalam lesung dan tumbuk sehingga lumat.



Setelah bahan tersebut telah lumat masukkan beberapa titis air masak dan gaulkan sehingga sebati supaya lebih lembut dan paling terbaik gunakan air zam-zam.Kenapa saya memilih air zam-zam? Cuba anda perhatikan molekul air zam-zam seperti foto di bawah ini. Sebelum suapkan ke dalam mulut Irfan yang dah tak sabar-sabar mahu menikmati manisan dari air tangan ayahnya.. jangan lupa membaca selawat tiga kali dan niatkan untuk kecerdikan minda. Insyaallah.. selamat mencuba. Apa yang penting anda perlulah beristiqamah.



 Imam Zuhdi berkata, 
" Sesiapa yang ingin menghafal hadith(menguatkan daya ingatan) hendaklah ia kerap memakan anggur kering".

KISMIS SANGAT DIKENALI DALAM DUNIA PERUBATAN ISLAM


InsyaAllah boleh membantu meningkatkan kecerdasan minda yang lemah dan pelupa. Digalakkan untuk mereka yang menghafal Al-Quran dan untuk pencapaian cemerlang dalam pelajar. Antara khasiatnya:
. MENGUATKAN DAYA INGATAN MENGUBATI PENYAKIT PELUPA MENCERDASKAN MINDA MEMBERSIHKAN HATI MENCERAHKAN MATA
 .
Kismis adalah buah anggur yang dikeringkan. Penggunaan kismis (vitis vinifera) dalam pelbagai tradisi dan budaya mungkin berbeza di antara satu sama lain. Namanya juga berbeza di antara pelbagai budaya dan bahasa. Ia boleh dimakan mentah mahupun digunakan dalam masakan dan pembuatan kek. Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut
 tetapi tidak menjejaskan kegunaanya. Khasiat kismis juga adalah untuk:

MELAWASKAN PEMBUANGAN AIR BESAR
MEMBAIKI TONA DAN KEANJALAN KULIT
MENINGKATKAN HAFALAN MEMORI
MELAWAN BAKTERIA MULUT
SEBAGAI GANTIAN MAKANAN RINGAN



SELAMAT MENCUBA ;)

Saturday 12 April 2014

KURUS TANPA BERDIET

TURUNKAN BERAT BADAN TANPA BERDIET????
BOLEHKAH???

Jangan terlampau memaksa diri untuk menurunkan berat badan. Sebenarnya tidak ada cara khusus untuk menurunkan berat badan. Memadai usaha dan kebiasaan yang anda lakukan dengan konsisten.
Antara rutin yang boleh membantu anda menurunkan berat badan adalah :

1. Jangan Makan Terburu-buru
* Nikmatilah makanan dengan mengunyah secara perlahan-lahan kerana ia boleh mempengaruhi hormon rasa kenyang. Ini kerana, jika anda makan terlalu cepat, hormon rasa kenyang akan terhalang dan akan membuatkan anda sentiasa lapar.


 

 2. Tidur Berkualiti
* Berdasarkan kepada penelitian yang dilakukan oleg University of Michigan, dengan menambahkan satu jam tidur lebih lama setiap hari akan membantu menurunkan berat badan sebanayak 7kg setahun. Malah kualiti tidur yang baik akan menahan diri dari hormon lapar.

3. Makan Sayur Lebih Banyak 
* Ketika makan malam, cubalah mengambil 3 jenis sayur. Cara ini membantu mengurangkan lemak di perut. Selain sayuran, lengkapkan juga dengan pengambilan buah-buahan. Ini kerana sayur dan buah kaya dengan serat dan akan membuatkan perut anda terisi penuh lebih lama.





4. Bercinta dengan Gandum
* Salah satu makanan yang paling mudah untuk meratakan perut ialah gandum (oat). Ia juga untuk melindungi jantung daripada tumpuan kolesterol. Mulakan dengan dengan pengambilan roti atau pizza.




 5. Gantung Baju Kegemaran
* Jadiakn baju atau seluar kecil yang pernah membuatkan anda menawan sebagai motivasi. Gantunglah di tempat yang mudah untuk dilihat. Sekurang-kurangnya cara ini boleh memberikan semangat untuk anda berusaha menurunkan berat badan.

(Sumber : Majalah Rapi)

Wednesday 9 April 2014

SUPPLEMENT OH SUPPLEMENT

KENAPA ANDA MEMERLUKAN SUPPLEMENT ?


1. Pencemaran alam sekitar dan bahan-bahan penyebab kanser.
Pencemaran alam seperti pencemaran air misalnya menyebabkan kita tidak dapat menikmati sumber air yang benar-benar bersih padahal kita tahu air amat penting dalam kehidupan. Badan manusia sahaja terdiri daripada 70% air. Jadi bagaimana kita ingin menghasilkan badan yang sihat sekiranya air yang kita minum setiap hari tercemar dengan bahan-bahan pencemaran?. Bahan kimia seperti karsinogen pula merupakan sejenis bahan kimia bertoksik yang sangat merbahaya dan boleh menyebabkan kanser. Biasanya ia terdapat pada asap kenderaan, asap rokok dan bahan-bahan buangan sampah sarap. Oleh itu pengambilan suplement seperti Vitamin  A, Vitamin C dan Vitamin E amat penting untuk melindungi tubuh kita daripada radikal bebas dan bahan-bahan penyebab kanser.
 


 2. Badan kita memerlukan sesetengah nutrien dengan dos yang lebih. 
Apabila tubuh badan kita tidak sihat, kita memerlukan lebih nutrient yang boleh membekalkan antioksidan dan meningkatkan sistem imun seperti Vitamin A, C dan E. Sekiranya kita mengalami kecederaan, pengambilan nutrien yang mengandungi protein amat penting bagi membantu proses baik pulih sel yang rosak dan proses penghasilan sel-sel baru. Untuk ibu-ibu hamil dan menyusukan anak pula, mereka sangat memerlukan jumlah nutrien yang lebih tinggi dosnya untuk menampung keperluan bayi dalam kandungan dan menghasilkan susu yang berkualiti untuk bayi mereka. 

  3. Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin tercemar atau terjejas kualitinya
Kita lazimnya memilih sayuran atau buah-buahan yang tampak segar tanpa cela apabila membeli di pasaraya. Namun tahukah anda kebiasaannya sayuran dan buah-buahan yang nampak lazat dan segar itu boleh mengundang bahaya? Kebanyakkan sayuran dan buah-buahan di pasaran kini diselaputi dengan racun serangga yang merbahaya dan bahan pengawet untuk membolehkan ia tahan lama. Apatah lagi sekarang ini penggunaan baja kimia amat meluas di ladang buah-buahan atau sayur-sayuran. Oleh itu, kita sebagai pengguna harus bijak memilih. Pilihlah sayuran atau buah-buahan yang ditanam secara organik kerana penanaman secara organik lebih selamat dan terjamin kualitinya.
4. Mengamalkan gaya hidup yang kurang sihat.
Gaya hidup yang kurang sihat seperti merokok, kurang bersenam, makan lewat malam dan sebagainya mengundang pelbagai masalah kesihatan. Begitu juga dengan mereka yang bekerja. Pulang lewat malam dan kurang rehat menyebabkan mereka merasa letih dan tidak bermaya. Tekanan di tmpat kerja pula menyebabkan stress dan stress membawa kepada kemusnahan nutrien penting iaitu Vitamin C dan Vitamin B. Oleh itu, mereka yang mengalami stress disarankan mengambil suplemen Vitamin C dan Vitamin B kerana kedua-dua vitamin ini berupaya mengawal stress yang dialami oleh seseorang.  Bagi mereka yang gemar makan lewat malam seharusnya menghentikan tabiat buruk mereka ini kerana ia akan menyebabkan pengumpulan lemak yang berlebihan dan menyebabkan peningkatan kolesterol. Apabila kolesterol meningkat, timbullah penyakit-penyakit seperti tekanan darah tinggi, strok dan serangan jantung.
  5. Kebanyakkan rakyat Malaysia makan mengikut selera rasa.
Jika kita lihat tabiat pemakanan rakyat Malaysia memang agak mengejutkan. Mereka makan mengikut selera rasa. Misalnya nasi lemak yang dulunya hanya dinikmati pada waktu pagi kini boleh dinikmati pada bila-bila masa terutama waktu malam. Pelbagai gaya nasi lemak yang kita boleh nikmati 24 jam di kedai-kedai mamak dan kedai-kedai makanan segera lain. Restoran Fast Food pula kini tumbuh bak cendawan selepas hujan menyebabkan rakyat Malaysia menjadikannya sebagai pilihan untuk menikmati makanan yang cepat dan lazat. Tetapi di sebalik kelazatannya mereka tidak sedar pengambilan makanan yang berlemak, manis dan makanan segera boleh merosakkan sistem tubuh secara senyap. Tanpa disedari mereka menghidap penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang.
6. Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan.
 Adakah anda penggemar makanan atau minuman berkafein? Tahukah anda kafein boleh menghalang penyerapan sesetengah nutrisi ke dalam tubuh?. Contohnya Vitamin D, magnesium dan kalsium tidak akan dapat diserap dengan baik sekiranya di ambil bersama minuman berkafein seperti kopi dan teh. Oleh itu sekiranya anda ingin mengambil suplemen, pastikan anda bukan dari golongan penggemar kopi dan teh.
7. Kehilangan nutrien dalam makanan.
Menyediakan makanan kegemaran untuk keluarga tersayang adalah  perkara yang sangat menyeronokkan. Tetapi adakah anda pasti anda berjaya mengekalkan nutrisi yang terdapat di dalam makanan tersebut?. Bahan- bahan makanan dari ladang akan kehilangan nutrisi melalui proses pengasingan, pembungkusan dan penghantaran. Penyimpanan makanan di dalam peti sejuk pula mengakibatkan makanan kehilangan nutrisi lagi akibat suhu yang terlalu sejuk. Kemudian, cara memasak yang terlalu lama dan menggoreng menggunakan minyak berlebihan menyebabkan makanan hilang nutrisi lagi. Jadi apa nutrien yang kita boleh dapati daripada makanan tersebut? Tiada nutrisi pun yang tinggal. Semua nutrisi hilang begitu sahaja semasa proses penyediaan. Oleh itu, untuk mengekalkan nutrisi dalam makanan, janganlah dimasak terlalu lama. Cara memasak juga hendaklah di rebus atau di panggang sahaja.
Inilah 7 faktor mengapa anda perlu mengambil suplemen dalam diet pemakanan anda. Suplemen yang anda ambil pula haruslah suplemen semulajadi dan bebas bahan kimia. Bagaimana ingin mendapatkan suplemen semulajadi?. 
SHAKLEE adalah jawapannya. Shaklee merupakan jenama suplement semulajadi yang bebas bahan kimia dan selamat digunakan untuk sesiapa jua yang mementingkan kesihatan.
Hubungi BayuVita untuk mendapatkan 
KONSULTASI PERCUMA 
berkaitan produk SHAKLEE.
Call / SMS/ WhatsApp : 012-4342495