KENAPA ANDA MEMERLUKAN SUPPLEMENT ?
1. Pencemaran alam sekitar dan bahan-bahan penyebab kanser.
Pencemaran
alam seperti pencemaran air misalnya menyebabkan kita tidak dapat
menikmati sumber air yang benar-benar bersih padahal kita tahu air amat
penting dalam kehidupan. Badan manusia sahaja terdiri daripada 70% air.
Jadi bagaimana kita ingin menghasilkan badan yang sihat sekiranya air
yang kita minum setiap hari tercemar dengan bahan-bahan pencemaran?.
Bahan kimia seperti karsinogen pula merupakan sejenis bahan kimia
bertoksik yang sangat merbahaya dan boleh menyebabkan kanser. Biasanya
ia terdapat pada asap kenderaan, asap rokok dan bahan-bahan buangan
sampah sarap. Oleh itu pengambilan suplement seperti Vitamin A, Vitamin C dan Vitamin E amat penting untuk melindungi tubuh kita daripada radikal bebas dan bahan-bahan penyebab kanser.
2. Badan kita memerlukan sesetengah nutrien dengan dos yang lebih.
Apabila
tubuh badan kita tidak sihat, kita memerlukan lebih nutrient yang boleh
membekalkan antioksidan dan meningkatkan sistem imun seperti Vitamin A,
C dan E. Sekiranya kita mengalami kecederaan, pengambilan nutrien yang
mengandungi protein amat penting bagi membantu proses baik pulih sel
yang rosak dan proses penghasilan sel-sel baru. Untuk ibu-ibu hamil dan
menyusukan anak pula, mereka sangat memerlukan jumlah nutrien yang lebih
tinggi dosnya untuk menampung keperluan bayi dalam kandungan dan
menghasilkan susu yang berkualiti untuk bayi mereka.
3. Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin tercemar atau terjejas kualitinya
Kita
lazimnya memilih sayuran atau buah-buahan yang tampak segar tanpa cela
apabila membeli di pasaraya. Namun tahukah anda kebiasaannya sayuran dan
buah-buahan yang nampak lazat dan segar itu boleh mengundang bahaya?
Kebanyakkan sayuran dan buah-buahan di pasaran kini diselaputi dengan
racun serangga yang merbahaya dan bahan pengawet untuk membolehkan ia
tahan lama. Apatah lagi sekarang ini penggunaan baja kimia amat meluas
di ladang buah-buahan atau sayur-sayuran. Oleh itu, kita sebagai
pengguna harus bijak memilih. Pilihlah sayuran atau buah-buahan yang
ditanam secara organik kerana penanaman secara organik lebih selamat dan
terjamin kualitinya.
4. Mengamalkan gaya hidup yang kurang sihat.
Gaya
hidup yang kurang sihat seperti merokok, kurang bersenam, makan lewat
malam dan sebagainya mengundang pelbagai masalah kesihatan. Begitu juga
dengan mereka yang bekerja. Pulang lewat malam dan kurang rehat
menyebabkan mereka merasa letih dan tidak bermaya. Tekanan di tmpat
kerja pula menyebabkan stress dan stress membawa kepada kemusnahan
nutrien penting iaitu Vitamin C dan Vitamin B. Oleh itu, mereka yang
mengalami stress disarankan mengambil suplemen Vitamin C dan Vitamin B
kerana kedua-dua vitamin ini berupaya mengawal stress yang dialami oleh
seseorang. Bagi mereka yang gemar makan lewat malam seharusnya
menghentikan tabiat buruk mereka ini kerana ia akan menyebabkan
pengumpulan lemak yang berlebihan dan menyebabkan peningkatan
kolesterol. Apabila kolesterol meningkat, timbullah penyakit-penyakit
seperti tekanan darah tinggi, strok dan serangan jantung.
5. Kebanyakkan rakyat Malaysia makan mengikut selera rasa.
Jika
kita lihat tabiat pemakanan rakyat Malaysia memang agak mengejutkan.
Mereka makan mengikut selera rasa. Misalnya nasi lemak yang dulunya
hanya dinikmati pada waktu pagi kini boleh dinikmati pada bila-bila masa
terutama waktu malam. Pelbagai gaya nasi lemak yang kita boleh nikmati
24 jam di kedai-kedai mamak dan kedai-kedai makanan segera lain.
Restoran Fast Food pula kini tumbuh bak cendawan selepas hujan
menyebabkan rakyat Malaysia menjadikannya sebagai pilihan untuk
menikmati makanan yang cepat dan lazat. Tetapi di sebalik kelazatannya
mereka tidak sedar pengambilan makanan yang berlemak, manis dan makanan
segera boleh merosakkan sistem tubuh secara senyap. Tanpa disedari
mereka menghidap penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan buah
pinggang.
6. Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan.
Adakah
anda penggemar makanan atau minuman berkafein? Tahukah anda kafein
boleh menghalang penyerapan sesetengah nutrisi ke dalam tubuh?.
Contohnya Vitamin D, magnesium dan kalsium tidak akan dapat diserap
dengan baik sekiranya di ambil bersama minuman berkafein seperti kopi
dan teh. Oleh itu sekiranya anda ingin mengambil suplemen, pastikan anda
bukan dari golongan penggemar kopi dan teh.
7. Kehilangan nutrien dalam makanan.
Menyediakan
makanan kegemaran untuk keluarga tersayang adalah perkara yang sangat
menyeronokkan. Tetapi adakah anda pasti anda berjaya mengekalkan nutrisi
yang terdapat di dalam makanan tersebut?. Bahan- bahan makanan dari
ladang akan kehilangan nutrisi melalui proses pengasingan, pembungkusan
dan penghantaran. Penyimpanan makanan di dalam peti sejuk pula
mengakibatkan makanan kehilangan nutrisi lagi akibat suhu yang terlalu
sejuk. Kemudian, cara memasak yang terlalu lama dan menggoreng
menggunakan minyak berlebihan menyebabkan makanan hilang nutrisi lagi.
Jadi apa nutrien yang kita boleh dapati daripada makanan tersebut? Tiada
nutrisi pun yang tinggal. Semua nutrisi hilang begitu sahaja semasa
proses penyediaan. Oleh itu, untuk mengekalkan nutrisi dalam makanan,
janganlah dimasak terlalu lama. Cara memasak juga hendaklah di rebus
atau di panggang sahaja.
Inilah
7 faktor mengapa anda perlu mengambil suplemen dalam diet pemakanan
anda. Suplemen yang anda ambil pula haruslah suplemen semulajadi dan
bebas bahan kimia. Bagaimana ingin mendapatkan suplemen semulajadi?.
SHAKLEE adalah jawapannya. Shaklee merupakan jenama suplement semulajadi
yang bebas bahan kimia dan selamat digunakan untuk sesiapa jua yang
mementingkan kesihatan.
Hubungi BayuVita untuk mendapatkan
KONSULTASI PERCUMA
berkaitan produk SHAKLEE.
Call / SMS/ WhatsApp : 012-4342495
No comments:
Post a Comment