Thursday 20 February 2014

Atasi PMS Secara Semulajadi

ANDA SERING MENGALAMI PMS ?




Normalnya wanita akan mengalami haid sebulan sekali. Kedatangan haid seringkali diiringi dengan rasa tidak selesa yang sudah pasti menganggu tugas harian.

Sebahagian wanita mengambil jalan mudah dengan memakan ubat penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan tanpa menyedari kesan jangka panjang pengambilan ubat tersebut.

Jangan Bimbang !!!!

Ada cara semulajadi untuk mengurangkan rasa tidak selesa ini. Berikut merupakan makanan yang mampu mengurangkan rasa ketidakselesaan itu :

Kacang / Biji-Bijian




Makanan ini mengandungi vitamin B6 yang bermanfaat untuk mengurangkan gejala
PMS. Kacang bukan hanya baik untuk sistem pencernaan namun membantu 
menstabilkan keadaan emosi kerana biji-bijian kaya dengan karbohidrat kompleks yang  
mampu meningkatkan serotin dan zat kimia yang menimbulkan rasa selesa dan relaks.


Susu / Yogurt





Kedua-dua makanan ini merupakan sumber kalsium. Kajian menunjukkan bahawa wanita yang mengambil 1200 mg kalsium dalam sehari mengalami penurunan kerdakselesaan haid sehingga 30% kerana susu membekalkan kalsium kepada tubuh.


Karbohidrat Kompleks



Oatmeal, pasta dan beras merah adalah makanan yang sesuai diambil ketika haid untuk membekalkan tenaga kerana ia bukan sahaja mengandungi serat tetapi sumber magnesium yang sangat diperlukan tubuh ketika melalui proses tersebut. 

(Sumber : Majalah Rapi)




No comments:

Post a Comment