Saturday 28 June 2014

PEMAKANAN KETIKA HAMIL

CARA SIHAT ' MAKAN BERDUA'



Kehamilan menyaksikan pelbagai perubahan dalam kehidupan seharian anda. Paling lazim dialami adalah perubahan gaya pemakanan. Oleh tu, amat penting bagi anda untuk menjadikan pengambilan pemakanan sihat sebagai amalan bagi menjamin kesihatan dan kecergasan tubuh.

Makanlah lebih banyak makanan daripada sumber bijirin, kemudian tambahkan sayur-sayuran, buah-buahan, protein, susu dan produk tenusu serta berhati-hati dalam penggunaan suber lemak, gula dan garam.

Kepelbagaian di dalam diet sangat penting. Ini adalah untuk memastikan diri memperoleh dos vitamin dan mineral yang disyorkan setiap hari daripada makanan yang diambil.

Berikut merupakan tips pemakanan untuk panduan anda :

1) AIR KOSONG
    Sentiasa bawa bekalan air ke mana-mana sahajaanda pergi. Kekal hidrat, banyak
    manfaatnya untuk  kehamilan yang sihat.Ini juga untuk mengelakkan diri berhadapan 
    risiko kelahiran awal dan komplikasi ketika mengandung seperti sembelit dan 
    sebagainya.

2) MAKANAN SEGAR
    Makanan segar jauh lebih baik dari makanan yang diproses. Sebagai contoh, kacang
    hijau segar jauh lebih bagus berbanding kacang hijau dalam tin.

3) KERAP TETAPI SEDIKIT
    Makan lebih kerap tetapi dalam jumlah yang kecil jika anda berhadapan dengan masalah
    'morning sickness' atau pedih ulu hati. Amalan pemakanan begini juga bagus untuk
    memastikan tahap gula dalam darah terkawal.

4) PROTEIN
    Protein membentuk setiap sel di dalam tubuh bayi dalam kandungan. Terdapat kajian
    yang menunjukkan bahawa pengambilan protein yang mencukupi (75g sehari atau lebih)
    boleh melindungi anda daripada komplikasi-komplikasi kehamilan seperti eklamsia, 
    tekanan darah tinggi dan lain-lain.

    Energising Soy Protein Shaklee adalah sumber protein terbaik untuk anda ;) 

    Rujuk : ESP


5) LOG MAKANAN

     Simpan log makanan, jika anda mempunyai masalah dengan diet harian. Ia lebih mudah
     daripada anda cuba mengingati apa yang anda telah makan. Malah, log yang sama  
     dapat membantu anda mengenalpasti kepelbagaian makanan yang diambil setiap hari.

6) SNEK
    Anda juga disarankan untuk kerap mengambil snek. Pilihlah snek yang sihat seperti 
    segenggam kekacangdan bukannya kerepek kentang atau mengambil yogurt berbanding
    ais krim. Langkah bijak, anda perlu menyediakan bekalan makanan sihat untuk 
    mengunnyah apabila tiba masanya untuk mengudap selepas mengambil makanan 
    utama.

7) CARA MEMASAK 
    Elakkan kalori kosong yang kebanyakannya terdapat di dalam makanan berminyak, 
    berlemak dan minuman ringan. Untuk itu, anda perlu lebih banyak membakar, 
    memanggang, merebus atau mengukus berbanding menggoreng makanan anda. 

    Ingatlah bahawa pertambahan berat badan sewaktu hamil adalah sebahagian daripada 
    proses kehamilan. Pemakanan yang baik ketika hamil dapat mmemastikan pertambahan
    berat badan yang dialami memberi kebaikan kepada kehamilan itu sendiri. Percayalah, 
    berat badan yang bertambah itu lebih mudah disingkirkan setelah anda melahirkan dan 
    menyusukan bayi kelak.

8) VITAMIN PRANATAL
     Tujuan utama pengambilan vitamin prenatal bukan untuk menggantikan makanan yang 
     anda makan. Sebaliknya ia berfungsi untuk memastikan pengambilan zat makanan 
     seharian anda adalah mencukupi seperti yang disarankan.


   


No comments:

Post a Comment