Friday 20 June 2014

MAKANAN UNTUK BERHENTI MEROKOK

Ramai yang beranggapan, merokok dapat menjadikan diri mereka lebih teneng. Namun kebanyakan orang gagal untuk mengedalikan dirinya dan masih menghisao rokok secara terus menerus. Bagi mereka yang sudah KETAGIH, mungkin menjadi masalah besar sekiranya ingin berhenti. 

KETAHUI 9 JENIS MAKANAN UNTUK BERHENTI MEROKOK

1. SADERI, LOBAK DAN TIMUN 

  • Selain zat yang ada dalam ketiga-tiga sayuran ini, ia juga bertindak sebagai penghalang untuk si perokok. Tekstur rangup dalam sayuran ini membantu mengurangkan keinginan anda untuk merokok. Selain itu, ia membuatkan rasa rokok menjadi kurang sedap.

2. SUSU
  • Tatkala anda berhenti merokok, bibir anda akan hilang rasa kenyalnya dan automatik bibir menjadi gelap daripada biasa. Ada beberapa orang yang mengatakan, dengan meminum segelas susu, ia mampu menghidupkan kembali kelazatan pada bahagian bibir anda. Jika anda meghisap rokok kemudian meminum susu, pasti rasanya kurang sedap Jadi, jika anda berkeinginan untuk merokok, SEGELAS SUSU SEGAR boleh membantutkan niat anda untuk merokok. 

  3. BROKOLI
  • Brokoli mengandungi sulfrophane yang bertanggungjawab untuk melindungi paru-paru dari racun.  

4. SERAT BUAH-BUAHAN
  • Merokok secara terus dapat mengurangkan vitamin C dalam tubuh anda. Ini kerana nikotin akan menyerap sekaligus menjadikan tubuh tidak sihat. Untuk itu, anda perlu memperbanyakkan pengambilan buah-buahan seperti oren dan lemon. 
  • Anda juga boleh mencuba Sustained Release Vita-C Plus Shaklee untuk sebagai sumber Vitamin C anda. Baca selanjutnya >>>> SR Vita C Plus

 5. EPAL
  • Merokok memberikan banyak racun dalam darah dan menyebabkan pelbagai penyakit, Makan epal setiap hari dapat memerangi racun tersebut. Epal mengandungi banyak air yang membantu mengeluarkan racun dari tubuh. Tekstur rangup epal juga dapat mengurangkan keinginan untuk merokok.

 6. BAWANG PUTIH DAN HALIA 

  • Kedua bahan ini membuatkan masakan anda bertambah lazat. Rasa panas dari bawang putih dan halia mampu membantu menyingkirkan racun-racun yang ada didalam tubuh perokok. Bawang putih dan halia mampu menjaga aliran darah ketika anda sedang berusaha untuk berhenti merokok. 

 7. MAKANAN HERBAL
  • Tumbuh-tumbuhan seperti rosemary dapat mengurangkan kecenderungan untuk merokok. Anda boleh mencubanya dalam setiap hidangan anda.

8. MADU
  • Madu dapat melepaskan glukosa ke aliran darah. Madu juga memiliki anti oksodan yang membantu untuk menghilangkan racun dalam tubuh.

 9. KAYU MANIS
  • Jika rokok adalah rakan yang kurang sihat, lain pula dengan kayu manis. Jikan anda menghidu aroma kayu manis, ia juga seakan ketagih seperti merokok. Jadi hidunya selalu kerana ia mampu menenagkan saraf dan otak. 

SEMOGA INFO DI ATAS DAPAT MEMBANTU ANDA BERHENTI MEROKOK


Salam Sayang,
Norliza Azizan















No comments:

Post a Comment