Thursday 16 January 2014

PEMAKANAN KETIKA BERPANTANG





 PEMAKANAN YG DISYORKAN SEMASA BERPANTANG:-


Buah-Buahan
Ibu-ibu dalam pantang bersalin boleh memakan buah-buahan saperti Epal merah (bukan yang masam,) Oren Manis,( Limau manis),Kurma , Buah Zaitun, Buah Tin (Fig), Delima , Pir, Lai, Pic, Aprikot, Strawberi, Anggur (jangan berlebihan boleh menyebabkan batuk),

Minuman
Jus Epal, Blackcurrant ( Ribena ) buah Peach & sirap. Minuman berkhasiat iaitu Susu, Susu Kacang Soya, Horlicks, Milo & Air Akar Herbanika

Pemanis 
Gunakan Gula Merah , Gula Perang , Raw Sugar dan Madu Lebah.


Sayur-Sayuran
Sayur-sayuran yang disyorkan boleh dimakan ulam -ulam Pengaga, Lemuni , Daun dan Bunga kunyit , Brokoli, Daun pudina , Daun kari, Lobak Merah, Tomato biji, Brokoli, Asparagus , Salad, Capsicum, Cili Merah, Bebawang (merah , putih ,besar) dan Ubi Kentang

Karbohidrat
Nasi Panas sederhana lembut , Bubur Nasi , Spagetti, Pasta & Makaroni, Roti Putih, Roti Wholemeal/ whole Grains, Roti Canai, Tosei, Roti Puri dan Kari

Protein
Ikan yang segar iaitu Ikan Merah, Tenggiri, Haruan, Jenahak, Selar Kuning , Kerisi, Kurau, Kerapu, Siakap, Kod , Bawal Putih & Senangin.

Bijirin/Kekacang
Makanan Bijirin iaitu Gandum , Oats, Empingan jagung (Corn flakes ) Bran , Muesli, Beras Merah Perang , Kismis Kuning dan hitam, Kekacang Soya (Tahu,Tempe &Tofu ) Kekacang Badam , Walnut, Gajus & Bijan,

 MAKANAN YANG PERLU DIHINDARI SEMASA BERPANTANG

Hindari ikan -ikan yang berbisa saperti ikan bawal hitam , ikan terubuk, ikan pari, ikan kembung , sembilang , tongkol, parang dan juga makanan laut yang lain dimana ia boleh menyebabkan luka-luka dan bengkak dalam rahim sukar sembuh dengan cepat .

Ia juga akan mendatangkan rasa kesakitan yang berbisa serta keluaran cecair yang berbau busuk . Ini boleh menyebabkan infeksi kuman yang membawa kegatalaan dan masaalah kulit,dibahagian sulit.
Ibu -ibu bersalin adalah dilarang memakan ikan masin ketika didalam pantang kerana ia boleh mengakibatkan darah nifas berbau busuk dan cepat kering serta melemahkan daya tekanan fizikal dan mentalnya.

Ibu bersalin dinasihati jangan makan sayur-sayuran yang menjalar dan sejuk, minuman sejuk bergas dan tajam saperti air tebu , air cincau , nanas, air kelapa muda , jambu, belimbing , durian belanda , mangga dan betik. 

Segala ini boleh menyebabkan masaalah penyakit tulang , sejuk otot dan sendi, dimana penyakit-penyakit ini semakin menjadi-jadi di negara barat saperti arthritis, rheumatism , rheumatoid arthritis serta penyakit untut dan lemah sendi.

Sumber : carian google.
---------------------------
Selamat berpantang & happy breasfeeding!!

Salam sayang
Norliza Azizan @ BayuVita
012-4342495
Pengedar Sah Shaklee

No comments:

Post a Comment